Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, September 9, 2009

Pijak kepala lembu: 6 tidak mengaku salah

SHAH ALAM: Enam individu yang didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana membawa dan memijak kepala lembu dengan kecenderungan menghasut, akhir bulan lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 31; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 30; dan Mohd Hilmi Ni, 40, diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu apabila dibacakan terhadap mereka.

Hakim Hasni Hasan kemudian membenarkan mereka dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...