Skip to main content

Pupuk silaturahim sesama kaum


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah (tengah), Tuanku Haminah Hamidun dan Tuanku Abdul Malik Sultan Badlishah pada perhimpunan Hari Kemerdekaan Ke-52 peringkat negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 31 Ogos - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru rakyat jelata supaya bersama-sama memupuk silaturahim sesama kaum untuk terus memelihara semangat perpaduan dan kemakmuran yang dikecapi negara pada masa ini.

Baginda bertitah, semua rakyat tanpa mengira kaum juga perlu berganding bahu dalam menjaga perpaduan dan kemakmuran kerana ia tidak datang bergolek dan boleh hilang sekelip mata jika tidak dipertahankan.

Titah baginda, nikmat kemakmuran yang dikecapi sekarang merupakan hasil usaha gigih daripada barisan kepimpinan negara terdahulu dan juga menerusi sokongan padu daripada pelbagai lapisan rakyat.

"Kemakmuran dan kebahagiaan yang kita kecapi ini akan hilang dalam sekelip mata sekiranya kita alpa tentang sejarah silam dan leka dalam menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.

''Beta menyeru semua rakyat jelata bersama-sama berganding bahu dalam menjaga kemakmuran dan memupuk silaturahim sesama kaum agar semangat perpaduan dapat terus dipelihara," titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena perhimpunan Hari Kemerdekaan Ke-52 peringkat negeri Kedah di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman (WDA) di sini hari ini.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun; Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Lebih 1,000 orang termasuk wakil daripada pelbagai agensi kerajaan memenuhi dewan berkenaan bagi memperingati Hari Kemerdekaan negara.

Terdahulu, baginda berkenan memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada dua pegawai dan 103 anggota dari Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bukit Pinang yang diketuai oleh Mejar Akhlif Abd. Radjak di Dataran WDA.

Tuanku Abdul Halim yakin bahawa tidak ada jalan lain yang lebih penting dalam usaha memastikan kemerdekaan negara terus berkekalan selain perpaduan dan toleransi antara rakyat yang menjadi asas kepada kemakmuran negara.

Justeru, baginda mengajak seluruh rakyat jelata menghayati erti kehidupan dalam keadaan bersatu padu dan bertolak ansur bagi memastikan kesinambungan kemajuan serta kesejahteraan negara berkekalan.

"Dengan adanya penghayatan ini, beta yakin generasi pewaris mampu menyambung usaha pejuang bangsa untuk memastikan negara terus merdeka, sejahtera dan makmur," titah baginda.

Sultan Kedah turut menyeru rakyat yang menikmati kemerdekaan supaya membuang segala perbezaan pendapat dan perlu berfikiran rasional dalam menghadapi cabaran dalam dunia globalisasi.

Menurut baginda, rakyat yang merdeka seharusnya memahami dan mempamerkan akhlak dan jiwa yang merdeka, bukannya jiwa yang huru-hara termasuk mengutamakan kepentingan peribadi daripada masyarakat serta negara.

''Jiwa yang merdeka juga bukanlah jiwa yang merempit dan meragut di jalan raya, menjadi bohsia dan menjadikan dadah amalan biasa," titah baginda.

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim mengajak rakyat agar menghayati konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang menjadi tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini dengan mengamalkannya menerusi lima prinsip Rukun Negara.

Titah Sultan Kedah, prinsip-prinsip dalam Rukun Negara yang dihayati oleh warga Malaysia sejak 31 Ogos 1970 perlu disemarak dan dipertahankan kerana ia terbukti menjadi teras dan asas pembinaan rakyat yang bersatu padu, setia dan bertoleransi antara satu sama lain.

"Ini adalah bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat jelata," titah baginda. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T