Skip to main content

Rakam situasi demonstrasi sebelum tangkap: Koh

PETALING JAYA: Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengesyorkan polis supaya menggunakan kaedah merakam situasi sesuatu perhimpunan, demonstrasi atau tunjuk perasaan sebagai bukti sebelum bertindak menahan individu yang terbabit.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan tanggapan orang ramai mengenai sikap polis yang dilihat sebagai tidak adil dan berat sebelah serta mengambil tindakan menahan pihak tertentu sahaja.

"Polis mestilah konsisten dan adil kepada semua. Tidak sepatutnya memberi gambaran bahawa polis mengambil tindakan terhadap satu pihak dan tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang lain.

"Kita mesti ada satu kaedah dan garis panduan yang dinampak oleh rakyat dan orang ramai sebagai adil dan konsisten," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan parti Gerakan Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian bolehlah bertindak melalui bukti yang didapati menerusi rakaman video yang dibuat seperti melakukan penahanan sekiranya didapati peserta demonstrasi atau tunjuk perasaan itu telah mencetuskan kekecohan.

"Jika demonstrasi secara aman, saya ingin mengesyorkan supaya polis jangan bertindak begitu cepat menahan mereka yang terlibat, sebaliknya nasihatkan supaya tidak meneruskan (demonstrasi) selepas mencapai matlamat mereka untuk kemukakan bantahan.

"Tapi kalau tunjuk perasaan itu telah mencetuskan kekacauan dan menunjukkan kekerasan atau keganasan, maka selepas merakamkannya polis boleh bertindak untuk mencegah daripada insiden ini merebak.

"Ini termasuk juga sekiranya tunjuk perasaan itu menggunakan cara yang akan melukakan atau menghina perasaan orang lain yang berbabit dengan agama," katanya.

Beliau mengulas tindakan polis menahan 16 individu kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit semalam selepas berarak dari pejabat Majlis Peguam Malaysia ke Dataran Merdeka sambil membawa bunga ros dan beberapa kain rentang bagi memprotes perarakan kepala lembu di Shah Alam. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T