Skip to main content

Rakyat diminta bijak tangani provokasi

PADANG BESAR 4 Sept. - Rakyat negeri ini diminta bijak menangani provokasi parti-parti pembangkang yang giat menyebarkan propaganda memburukkan kerajaan melalui pelbagai cara terutama menerusi ceramah politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, strategi itu digunakan pembangkang untuk meraih sokongan setelah menyedari pihaknya semakin tidak mendapat perhatian rakyat.

Katanya, strategi memburukkan kerajaan dibuat sebagai percubaan mengetahui sejauh mana kesetiaan rakyat kepada kerajaan sedia ada yang terbukti sentiasa membela nasib bangsa, agama dan negara.

"Kita mendapati kebelakangan ini ada pihak ternyata tidak senang dengan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) berteraskan UMNO yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

"Disebabkan BN terutama UMNO dan MCA selalu mengambil berat ke atas kebajikan rakyat, ia ternyata amat tidak disenangi pembangkang. Kita tahu antara pihak yang sentiasa memburukkan UMNO di sini ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," ujarnya.

Md. Isa mengutarakan perkara itu ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan kepada 812 peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar (Utara) di sini semalam.

Pada majlis itu, setiap penerima mendapat RM100 bagi meringankan beban kemiskinan ketika Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Menyentuh sumbangan sempena Ramadan itu pula, Menteri Besar memberitahu, ia disediakan oleh kerajaan untuk kumpulan sasar yang dikenal pasti berkelayakan tanpa mengira fahaman politik.

"Dalam proses memberikan bantuan untuk meringankan kesempitan hidup orang miskin, ibu tunggal dan OKU, kerajaan membuat pengagihan secara telus iaitu berpandukan syarat yang ditetapkan.

"Mereka yang layak menerima bantuan ini tidak dikira berdasarkan parti UMNO atau pembangkang. Sekiranya seseorang itu didapati layak, kerajaan terus menyampaikan bantuan kepada mereka," tegasnya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Sumbangan Ramadan negeri, Jefperi Othman dalam ucapannya pula menyatakan, bantuan berkenaan diagih berdasarkan bancian secara terperinci.

Contohnya, kata beliau, warga emas yang miskin itu mestilah berusia 70 tahun ke atas manakala peserta PPRT pula berumur melebihi 35 tahun.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah negeri memberitahu, mereka yang layak menerima bantuan dikenal pasti terlebih dahulu kelayakannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Pengerusi JKKK hanya mendaftarkan seseorang itu layak mendapat bantuan setelah membuat semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan," jelasnya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T