Skip to main content

Remaja dan perkasakan semula BN

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Barisan Nasional (BN) perlu diremaja dan diperkasakan semula jika tidak mahu menjadi mangsa penolakan rakyat sebagaimana nasib Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, langkah itu perlu disegerakan kerana sejarah membuktikan parti dominan akhirnya ditolak rakyat selepas lebih 50 tahun berkuasa.

Antaranya menurut beliau, Parti Kongres di India dan Parti Konservatif di Britain.

"BN telah berkuasa selama 52 tahun dan ia perlu diremaja dan juga diperkasakan segera kerana kita hanya mempunyai masa dua tahun lagi sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13,'' katanya katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kebimbangan orang ramai, kemungkinan BN juga menghadapi nasib seperti LDP yang ditolak rakyat Jepun selepas 54 tahun berkuasa.

Terdahulu, Mukhriz meluangkan masa selama dua jam berinteraksi dengan orang ramai menggunakan laman sembang sosial internet, Facebook.

Dalam hubungan ini Mukhriz berkata, semua komponen parti terutamanya UMNO, MCA dan MIC perlu melalui pembaharuan agar terus relevan dengan kehendak rakyat.

"Mana-mana ketempangan antara tiga komponen utama ini akan memberi kesan secara keseluruhan kepada BN," katanya.

Mengulas lebih lanjut, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberitahu, bagi tujuan itu, MCA dan MIC perlu menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan segera.

Katanya, kedua-dua parti itu boleh menggunakan pengalaman UMNO dalam menyelesaikan persengketaan dalaman parti, agar krisis yang sedang melanda tidak berlarutan sehingga memberi kelebihan kepada pembangkang.

"Saya percaya apa yang berlaku dalam MCA dan MIC dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin kerana perbalahan dalaman yang berterusan akan menyebabkan sokongan kaum Cina dan India terjejas.

"UMNO sendiri pernah melalui masalah yang sama tetapi kemudiannya tampil dengan barisan kepimpinan baru yang berdiri teguh di belakang Presiden," jelasnya.

Ditanya adakah mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti dapat mengatasi kemelut yang melanda MCA, Mukhriz memberitahu, apa pun keputusan yang dicapai, kepentingan BN harus menjadi keutamaan. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T