Skip to main content

Salah kerajaan Selangor - Ibrahim

PUTRAJAYA 31 Ogos - Isu bantahan keras penduduk Seksyen 23, Shah Alam terhadap pembinaan kuil di kawasan mereka berpunca dari tindak-tanduk kerajaan negeri Selangor sendiri yang tidak meminta pandangan mereka sebelum membuat keputusan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, rumusan itu diperoleh hasil siasatan pihaknya setelah menemubual penduduk kawasan tersebut baru-baru ini.

Menurutnya, siasatan turut mendapati perarakan bantahan kira-kira 200 penduduk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Jumaat lalu dianggotai penduduk tempatan yang turut terdiri daripada campuran ketiga-tiga parti Melayu.

''Tidak ada sentimen parti di kalangan umat Melayu Islam dan tidak ada hasutan mana-mana pihak.

''Pihak kerajaan negeri Selangor tidak duduk meminta pandangan penduduk sebelum membuat keputusan, malah kepala lembu (yang dibawa) bukan dituju kepada orang Hindu tetapi Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan anggota Exco (kerajaan negeri) yang bukan India," kata Ibrahim dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam hubungan ini, Ibrahim berkata, orang ramai khususnya kaum India perlu diberi penjelasan bahawa isu kepala lembu bukannya isu perkauman.

Beliau turut menarik perhatian bahawa pihak tertentu begitu cepat menuduh orang Melayu bersikap perkauman serta tidak menghormati penganut agama lain apabila timbul isu mempertahankan Melayu dan Islam.

''Ini termasuk apabila timbul isu kepala lembu tapi apabila pertubuhan haram Hindraf dalam memorandum kepada Perdana Menteri Britain terang-terang menuduh orang Melayu dan UMNO sebagai pengganas ekstremis Islam, itu tidak apa!'' katanya.

Semalam, Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) menyifatkan Abdul Khalid sebagai ketua kerajaan negeri yang tidak bijak dan tidak tahu mentadbir sebuah negeri maju.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, antara kelemahan ketara Menteri Besar itu adalah kegagalannya menangani pembinaan kuil berkenaan dengan baik sehingga mencetuskan rasa kurang senang majoriti penduduk Islam di Seksyen 23. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T