Skip to main content

Sandiwara syok sendiri pakatan pembangkang jejas hidup rakyat Perak

IKLIM politik di Perak yang tenang sejak tiga bulan lalu, kembali bergolak semalam. Semuanya gara-gara tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang masih mendakwa mereka mewakili kerajaan negeri yang sah, mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kekecohan tercetus apabila 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR dihalang memasuki DUN di Bangunan Darul Ridzuan, untuk bersidang. Selepas beberapa insiden kekasaran dengan polis, mereka akhirnya bersidang di sebuah hotel berdekatan, berbanding di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Insiden terbaru ini pastinya bukan penutup kepada beberapa episod percakaran politik yang tercetus sejak PR kehilangan kuasa kepada Barisan Nasional (BN) Mac lalu. Sebaliknya ia adalah permulaan satu lagi drama politik PR yang masih tidak dapat menerima hakikat kuasa mentadbir Perak sudah tiada di tangan mereka.

Tindakan menyalahi undang-undang tidak dipedulikan, malah PR tidak peduli jika mereka mencemarkan imej Malaysia. Mereka tidak kisah perbuatan bersidang seperti itu boleh menyelesaikan masalah atau tidak, kerana niat sebenarnya hanya untuk membuat kenyataan politik, mendabik dada dan berkokok kononnya mereka masih mewakili kerajaan Perak yang sah.

Bagi mereka, pertelingkahan berterusan dengan BN atau pihak berkuasa keselamatan seperti polis yang menahan tiga Adun mereka semalam, boleh 'memperhebatkan' lagi drama itu.

Namun, dalam keghairahan berpolitik mencari publisiti murahan itu, PR di Perak terlupa rakyat negeri itu sudah jelak dengan 'lakonan' daripada skrip yang sama. Bagi mereka, perbuatan PR terus menangisi kuasa yang sudah terlepas serta enggan menerima hakikat, hanya memalukan.

Mereka mahu DAP dan bonekanya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedar bahawa perbuatan sedemikian tidak membawa apa-apa makna. Kebanyakan mereka melihat tempoh 'tenang' sejak tiga bulan lalu memberi pelbagai kebaikan apabila kehidupan rakyat kembali normal. Pembangunan dapat diteruskan dan perniagaan tidak terjejas.

Namun, mereka kecewa kerana ketika semuanya mula pulih, PR kembali membuat angkara. Kesulitan seperti gangguan waktu kerja, kesesakan jalan raya dan perniagaan terjejas, kembali melanda. Paling mengecewakan ialah rakyat tahu semuanya tidak akan mencapai apa-apa hasil, sekadar mainan politik pembangkang.

Majoriti rakyat akur bahawa satu-satunya jalan menyelesaikan kemelut ialah jika PR kembali ke sidang DUN yang sah, apabila dipanggil. Di situlah medan sebenar mereka menjernihkan keadaan. Paling tidak pun, itulah gelanggang untuk PR berusaha mengotakan banyak lagi janji pilihan raya mereka yang belum tertunai. Di situlah juga sebenarnya medan untuk mereka mengutip kembali jika masih ada sisa-sisa memulihkan sokongan rakyat Perak.

Jika BN boleh menerima kekalahan di Perak pada Pilihan Raya Umum 2008, PR juga harus akur dengan angin perubahan yang melanda pada Mac 2009. Mencetuskan kekecohan yang menyusahkan semua pihak termasuk orang ramai, atau 'syok sendiri' mendakwa mereka mewakili kerajaan yang sah, tidak akan menguntungkan sesiapa. -Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T