Skip to main content

'Sidang DUN' haram tidak bawa makna

IPOH 4 Sept. - Tindakan pakatan pembangkang mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan termasuk dengan mengadakan 'perhimpunan dewan' haram tidak akan membawa sebarang makna.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana mahkamah telah membuat keputusan muktamad bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) adalah sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

"Mereka tidak boleh hendak desak lagi dah... (sekarang) sudah ada keputusan mahkamah. Desak macam mana sekali pun tak jalan.

"Keputusan mahkamah itu yang menyebabkan Menteri Besar dan kerajaan negeri yang ada sah, jadi apahal nak diadakan sidang di hotel dan desak-desak lagi," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya bagi Parlimen Ipoh Timur dan Ipoh Barat di Kampung Kepayang Fair Park di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan melampau pakatan pembangkang yang terus menimbulkan kekecohan mendesak DUN Perak dibubarkan termasuk mengadakan 'perhimpunan DUN' haram kelmarin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, semua pihak sudah tahu dan jelas tentang situasi politik sebenar di Perak dan tidak sepatutnya ada pihak yang masih mahu mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri.

"Semua orang dah tahu dah (situasi politik di Perak). Kita sudah letih bercakap banyak sangat tentang perkara ini. Sepatutnya tak ada pihak yang boleh ganggu lagi pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau, apa yang penting kerajaan negeri perlu menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk membangunkan negara dan membantu rakyat.

"Teruskan kerja... lebih baik tumpu soal bangunkan negeri dan bantu rakyat daripada buat perkara-perkara yang tidak memberi apa-apa faedah," tegas beliau.

Sementara itu, mengenai krisis dalaman UMNO di Terengganu, Muhyiddin menjelaskan, semua pihak yang terlibat dengan masalah berkenaan akan dipanggil bersemuka dalam masa terdekat.

Kata beliau, buat masa ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sudah menjalankan kerja bagi membentuk kesatuan dan tinggal sedikit sahaja masalah yang belum diselesaikan.

"Saya cuma nak mereka bersatu. Menteri Besar selaku ketua di negeri itu sudah pun terlibat cuma ada beberapa perkara belum selesai.

"Jadi saya akan bantu dan jumpa pihak-pihak yang ada masalah dan insya-Allah akan selesaikan dalam masa terdekat. Tidak perlu lagi besar-besarkan kerana saya akan selesaikan isu itu," katanya.

Mengenai kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor, Muhyiddin berkata, masih terlalu awal untuk semua pihak berkata tentang pilihan raya kecil.

"Jenazah belum dikebumikan lagi... jadi saya nak ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Biarlah urusan jenazah diselesaikan terlebih dahulu.

"Jangan nak gopoh-gopoh sangat... hormati sikit jenazah kerana masih awal lagi," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T