Skip to main content

Syor mahkamah keluar perintah tahan ISA

MELAKA: Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya keputusan perintah penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibuat oleh mahkamah atau badan berkecuali yang bebas daripada pengaruh politik dan bukan Menteri Dalam Negeri seperti sekarang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata langkah itu, dapat memastikan pesalah yang ditahan mengikut akta berkenaan mendapat keadilan melalui mekanisme kehakiman.

“Ia juga dapat mengelak tanggapan negatif pihak tertentu ketika ini seolah-olah keputusan dibuat berdasarkan kepentingan politik,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penghuni Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Tanjung Kling, di sini, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini dilaporkan berkata, pembentangan pindaan ISA dijadual dilakukan pada sesi Dewan Rakyat pada Oktober ini.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada input yang bakal diterima.

Beliau berkata, kerajaan masih menerima cadangan daripada pelbagai pihak dan sedia memberi pertimbangan dari sudut kepentingan rakyat dan keselamatan negara selain berkaitan hal sivil individu.

Selain itu, Khairy berkata, pemuda Umno juga mahu kementerian terbabit menimbang cadangan pengurangan tempoh masa penahanan pesalah ISA di bawah tangkapan polis yang ketika ini selama 60 hari.

"Dua cadangan ini akan dihantar kepada Datuk Seri Hishammuddin selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno Pusat, minggu depan. Kita bersetuju satu bentuk undang-undang pencegahan perlu ada di negara ini, tetapi bukan berbentuk seperti sekarang.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini ada berkata akta itu perlu dikaji semula. Kita setuju dan mencadangkan dua perkara itu," katanya.

Terdahulu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menyampaikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 100 anak yatim selain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah.

Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron; Ketua Pemuda Umno negeri, Karim Yaacob; Setiausahanya, Zaidi Attan serta Exco Pemuda Umno, Abd Razak Abd Rahman. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T