Skip to main content

Tiada kaitan politik - Hisham


Hishammuddin Tun Hussein bersama Musa Hassan dan Abdul Rahman Othman (kanan) yang menerima Sijil ISO 9002 sambil diperhatikan Mahmood Adam (kiri) pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

PUTRAJAYA 8 Sept. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya keputusan Peguam Negara mengambil tindakan ke atas peserta demonstrasi yang memijak kepala lembu bukan dibuat atas dasar politik.

Beliau sebaliknya melihat keputusan itu sebagai tepat kerana sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Saya tidak mahu melihatnya berkisar kepada pertimbangan politik, sesiapa sahaja yang terpaksa diambil tindakan, kita akan ambil tindakan.

"Sekiranya ada orang nak bawa kepala babi sekali pun tindakan yang setimpal akan tetap diambil ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa peserta demonstrasi yang membantah pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam dan memijak kepala lembu serta berucap ketika melakukan perbuatan itu akan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 atau alternatifnya Kanun Keseksaan.

Hadir sama dua Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman.

Pejabat Peguam Negara juga sudah menerima laporan kertas siasatan daripada polis serta berpuas hati dengan fakta dan bukti peserta demonstrasi terbabit untuk dihadapkan ke mahkamah.

Hishammuddin memberitahu, sebelum ini pernah ditimbulkan isu kepala babi ekoran terdapat lima kes dilaporkan termasuk yang dicampakkan di hadapan Ibu Pejabat UMNO.

Tegas beliau, mereka yang melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan negara dengan menyentuh isu agama dan kaum perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka itu.

Katanya, kerajaan tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang menyentuh agama lain atau ideologi politik seperti berlaku di Perak, Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan terbaru di Seksyen 23, Shah Alam.

"Sesiapa sahaja melakukan perbuatan sedemikian perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka seperti yang tertakluk di bawah undang-undang," ujarnya.

Ditanya sama ada polis tunduk kepada tekanan pihak tertentu untuk mendakwa mereka yang memijak kepala lembu dalam isu bantahan pemindahan kuil di Seksyen 23, Shah Alam, Hishammuddin berkata, semua pihak sudah dipanggil tanpa mengira latar belakang.

"Seperti di Kampung Buah Pala, yang terlibat termasuk juga Pemuda MIC dan di Perak, yang ditahan wakil-wakil rakyat pembangkang termasuk seorang wartawan.

"(Begitu juga) Seksyen 23 pula banyak anggota pelbagai parti terlibat tetapi apa kita tekankan ialah mereka yang bawa kepala lembu.

"Itu yang sedang disiasat dan Peguam Negara telah berpuas hati untuk membawa perkara itu ke hadapan," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T