Skip to main content

Tukar Pemimpin Bukan Tukar Baju.

Dalam sejarah Pilihanraya, kempen tahun 1999 adalah yang paling teruk sekali. Pada tahun inilah Pembangkang banyak menaburkan fitnah.

Teori kononnya Dr Mahathir tidak pernah berhasrat untuk melepaskan jawatannya dan akan terus memerintah Malaysia sehingga akhir hayatnya telah dibuktikan ALLAH sebagai fitnah.

Hasrat pakatan pembangkang waktu itu sangatlah besar iaitu membangkitkan kebencian rakyat kepada Pemimpin Kerajaan Malaysia. Maka pembangkang telah sedaya upaya berkempen dari satu tempat ke satu tempat untuk cuba mempengaruhi rakyat.

Sebelum pilihanraya Umum Malaysia tahun 1999, kita telah dikejutkan dengan kejatuhan Presiden Indonesia pada waktu itu, Presiden Suharto. Beliau dijatuhkan secara desakan demontrasi jalanan yang membawa kepada kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda yang banyak.

Selepas kejatuhan Suharto, Indonesia diperintah oleh Presiden Habibie. Namun Habibie hanya memegang jawatan itu untuk jangkamasa yang terlalu singkat sebelum Presiden Gusdur dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

Presiden Gusdur dilantik menjadi Presiden yang sah sebelum Pilihanraya Umum Malaysia 1999. Namun, konflik dan demontrasi jalanan berterusan menjadi paparan muka depan akhbar Indonesia dan dunia.

Ketidakstabilan ini mengakibatkan pelabur luar takut untuk masuk ke Indonesia sekaligus mengakibatkan ekonomi Indonesia tidak berjaya dipulihkan mengikut masa yang ditetapkan. Peluang pekerjaan menjadi semakin kurang dengan banyak pelabur memindahkan operasi mereka keluar dari Indonesia.

Dengan jumlah penduduk yang melebihi 230 juta orang, ekonomi Indonesia menjadi semakin buruk sehingga mengakibatkan ramai yang telah menggunakan anak sendiri untuk meminta sedekah.

Sehingga hari ini masih ada yang menggunakan cara ini untuk mendapatkan wang iaitu melahirkan anak untuk bekerja mencari wang dengan meminta sedekah.

Kejadian yang melanda rakyat Indonesia itu merupakan satu peringatan kepada rakyat Malaysia. Sejak dari hari itu, Indonesia telah bertukar Presiden sebanyak lima kali. Umpamanya seperti menukar baju.

Kita amat bersyukur kerana kita telah ditunjukkan iktibar yang besar oleh ALLAH. Di Malaysia tidaklah seperti di Indonesia kerana rakyat Malaysia tidak mudah diperalatkan oleh Pembangkang yang mementingkan kejayaan mereka sendiri.

“Katakanlah : Perhatikanlah apa-apa yag di langit dan di bumi, tetapi tidak bermanfaat keterangan dan peringatan bagi kaum yang tidak beriman”, Surah Yunus, Ayat 101.

Ertinya tidak sengaja dijadikan sesuatu kejadian melainkan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Namun ianya seperti tidak bermanfaat kepada yang tidak beriman.

...SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA...

Comments

  1. Tidak sengaja ALLAH menjadikan sesuatu kejadian melainkan untuk dijadikan Iqtibar...Wallahualam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T