Skip to main content

Turun padang, formula terbaik dekati rakyat

SETIU 4 Sept - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melakukan kejutan dengan bersahur dan beramah mesra dengan penduduk di Kampung Penarik, sebuah perkampungan nelayan di sini sepanjang malam tadi.

Selepas bersahur pukul 4.30 pagi dengan keluarga angkat, Esah Mohd, 78, beliau yang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengerjakan solat bersama barisan kepimpinan UMNO dan penduduk setempat di Masjid Kampung Penarik.

Selepas itu, beliau sempat menghadiri gotong royong dengan masyarakat nelayan membina wakaf yang dikenali 'Semarak Terengganu Kita' di Pantai Penarik diikuti melawat pasar sebelum berlepas pulang ke ibu negara pukul 8.30 pagi ini.

Hishammuddin memberitahu, beliau yakin program turun padang malam tadi mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli politik dan masyarakat setempat.

Beliau berharap program seumpamanya akan diadakan secara berterusan di negeri itu dengan kepelbagaian program sesuai dengan cita rasa penduduk.

"Berasa begitu gembira kerana nampak dengan jelas di peringkat masyarakat apabila turun ke bawah... semua menerima kunjungan kami dengan gembira.

"Mereka menerima kita (UMNO) dan semangat ditunjukkan membuktikan bahawa orang ramai menerima UMNO dan mereka ternyata amat dekat dengan barisan kepimpinan kita.

"Ia akan lebih dekat lagi sekiranya semua pemimpin turun ke bawah," katanya.

Menurut beliau, program seumpama ini kali pertama diadakan di Terengganu tetapi ia bukan perkara baru bagi beliau.

Tambahnya, beliau pernah menyertai program seumpamanya 10 tahun lalu ketika kedudukan parti tercabar lalu Pemuda UMNO pimpinannya melancarkan aktiviti masuk kampung.

"Jelas ia adalah formula terbaik untuk pulihkan kepercayaan rakyat kepada parti," katanya.

Mengenai pengalaman bersama keluarga angkat, Hishammuddin berkata, ia memberi suatu pengalaman baru terutama dalam memahami hati dan denyut nadi masyarakat di perkampungan nelayan di negeri ini.

Katanya, walaupun kehidupan mereka sederhana tetapi mereka gembira dengan kehidupan yang dilalui. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T