Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Friday, October 2, 2009

Dah agak dah : DAP bertegas terus pasang bahan kempen

PORT DICKSON: DAP bertegas akan terus memasang bahan kempen, termasuk mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang berbuat demikian.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke, berkata SPR perlu menunjukkan peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihan raya kecil.

"Mungkin SPR fobia dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), terutama logo DAP dan PKR. Mereka melampaui tugas yang diamanahkan. Mereka sepatutnya mengendalikan proses penamaan calon, proses pengundian dan pengiraan undi.

"Soal kempen, serah kepada kepada parti politik yang bertanding...masa Tan Sri Abdul Rashid (Abdul Rahman, bekas Pengerusi SPR), tidak ada peraturan dan larangan seperti ini," katanya ketika dihubungi. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...