Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Nik Aziz guna agama untuk politik: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Niat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan adalah kesalahan besar daripada segi agama. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai tokoh agama sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu, lebih-lebih lagi terhadap pemimpin yang seagama dan sebangsa dengannya. "Saya tidak bolehlah menasihatkan kerana dia (Nik Abdul Aziz) lebih tahu daripada saya. Tapi kenyataan seperti ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan tokoh agama. "Mungkin dia (Nik Abdul Aziz) lebih merupakan seorang tokoh politik dan menggunakan agama untuk tujuan politik... jual agama untuk kepentingan politik. Ini (kenyataan tersebut) sesuatu yang tidak boleh kita gambarkan," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyata

Najib Musykil Dengan 'Doa' Nik Aziz

Daripada MUIN ABDUL MAJID PORT OF SPAIN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung hasrat Menteri Besar Kelantan itu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan beliau dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan. Perdana Menteri berkata Nik Abdul Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya (Nik Abdul Aziz) itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman. "Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan. "Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di sini Ahad. Najib berkata sebelum ini pun kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakya

Enggan dedah identiti Kolonel Mat makan diri

KOK LANAS: Keengganan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendedahkan identiti sebenar orang yang dikenali dengan Kolonel Mat, akan memakan dirinya sendiri, selain memberi kesan kepada pentadbiran Pas Kelantan dan parti itu. Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Tan Sri Annuar Musa, berkata Nik Aziz harus berani membuat pendedahan siapa sebenarnya Kolonel Mat itu bagi membersihkan namanya selain nama pihak lain yang turut dihubungkaitkan dengan pelbagai kemelut dalam kerajaan negeri atau Pas sebelum ini. Katanya, tindakan Mursyidul Am Pas itu untuk terus menyembunyikan identiti Kolonel Mat dilihat tidak profesional kerana ia bukan saja memberi kesan kepada diri dan kerjaya politik beliau, malah akan juga memberi kesan kepada ahli Pas. "Nik Aziz harus berani untuk mendedahkan identiti sebenar Kolonel Mat kerana ada pihak nanti akan membuat tuduhan terhadap beliau dengan mengatakan kenyataannya itu tidak berasas. "Jadi elok sangat Nik Aziz mendedahka

Tiba masa Nik Aziz bersara

Oleh NIZAM HAMID dan MOHAMAD SHOFI MAT ISA utusankedah@utusan.com.my LANGKAWI 29 Nov. - Kenyataan- kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau seperti sudah nyanyuk atau tidak sedar dengan apa yang diperkatakannya. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan tersebut turut menyebabkan Mursyidul Am Pas itu kini dilihat begitu berbeza dengan pemimpin lain parti tersebut termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Malah katanya, doa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO dimusnahkan yang dibacakan oleh Nik Abdul Aziz pada khutbah solat Jumaat di Kota Bharu kelmarin membuktikan hakikat tersebut. ''Apa punya nyanyuk dia boleh membuat doa sebegitu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Maritim Antarabangsa sempena Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di sini hari ini. Mengulas doa yang dibacakan oleh Menteri Besar Kelant

Dakwaan Nik Aziz diragui

Datuk Harun Taib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berasa pelik dan tercari-cari akan kewujudan ‘Kolonel Mat’ yang didakwa mahu menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hanya Nik Abdul Aziz seorang sahaja yang tahu atau lebih mengenali seseorang yang bernama ‘Kolonel Mat’. Kata Harun, para pemimpin Pas lain juga tidak mengenali siapa sebenarnya ‘Kolonel Mat’. Nik Abdul Aziz pula enggan mendedahkan siapa ‘Kolonel Mat’ walaupun ketika diasak oleh pihak media. Ketika ditanya dan diasak oleh pemberita Nik Abdul Aziz hanya berkata: "Cukuplah... cukup-cukup." KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib (gambar) berasa pelik bagaimana boleh wujud ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malah beliau masih tercari-cari siapa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai Kolonel Mat yang disifatkan dalang di sebalik konspirasi untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kerajaan Pas Kelantan itu. Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu ber

Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada Aspek Islam

KOTA BAHARU, 29 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain. Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam. Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul. Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu. "Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakn

Anwar gugat Pas?

PENDEDAHAN Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan bahawa perjalanan parti itu tidak seimbang dan bergegar sepanjang masa kerana wujud suara luar yang mampu mempengaruhi sebahagian pimpinan, mengundang persoalan besar. Menurut Nasruddin, disebabkan wujud suara luar, tahap thiqah (kepercayaan) kepada pimpinan parti berkurangan selain trend menghentam secara terbuka. ‘‘Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri. Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihan raya sehingga mengorbankan sahabat,” katanya menerusi blog yang turut disiarkan Utusan Malaysia, kelmarin. Awang melihat kenyataan Nasruddin cukup berani dalam mengakui masalah dalaman parti itu yang kemelutnya kian merumitkan. Persoalannya pengaruh atau suara luar manakah yang dimaksudkan? Ia terserah kepada tafsiran tetapi beberapa pemimpin Pas mengaitkannya dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim. Sudah banyak kali Awang menulis termasuk dalam ruangan ini tentang b

2 tahun tempoh kritikal bagi BN : Gerak kerja berkesan perlu untuk kembalikan semula sokongan: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dua tahun akan datang sebagai tempoh kritikal bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengembalikan semula sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap parti itu. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan semua parti komponen BN supaya menggunakan tempoh kira-kira 730 hari itu untuk melaksanakan perubahan seiring kehendak rakyat. Katanya, tempoh dua tahun itu adalah jangka masa yang pendek dan akan berlalu dengan pantas, justeru, mesti dipenuhi dengan gerak kerja yang perlu untuk membantu rakyat dengan memberi tumpuan kepada bidang yang mesti didahulukan. Bercakap kepada Berita Harian berhubung isu, permasalahan dan penyelesaian yang perlu dihadapi BN dan Umno, beliau yang juga Ketua Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata: "Dua tahun ini saya fikir tempoh yang kritikal. Masa tidak panjang kerana masa berlalu cepat dan kita nak pastikan dalam tempoh itu sudah ada perubahan. "Dalam tempoh itu juga rakyat sudah boleh meni

'Konspirasi jatuhkan saya' : Jahat juga puak2 Pas ni ye!

Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my KOTA BHARU 27 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, konspirasi untuk menjatuhkannya daripada jawatan Menteri Besar dan dalam Pas sudah lama dilakukan oleh pihak tertentu. Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas percaya, seorang bekas pegawai tentera terbabit di sebalik konspirasi tersebut. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan dalang di sebalik konspirasi tersebut tetapi hanya menamakan seseorang yang hanya dikenali sebagai 'Kolonel Mat'. "Usaha ini bukan baru, usaha selama-lamanya. Kita parti serupa berniaga...buka kedai A hendak jatuh kedai B dan kedai B hendak jatuh kedai A. "Saya bawa parti Islam, kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh dan masa 13 Mei dulu ramai tok guru kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ini cerita lama. Saya sebut nama semalam (Kolonel Mat) pasal ini barang sah dan sahih," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lebi

Nik Abdul Aziz perlu namakan pengganti - Mustapa Mohamed

RANTAU PANJANG 26 Nov. - Barisan kepimpinan Pas Kelantan perlu segera menamakan seorang pengganti yang jelas kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bukannya memberi pelbagai pendapat yang berbeza-beza mengenai isu tersebut. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, hanya dengan cara ini nasib rakyat dapat dibela selepas barisan kepimpinan diterajui Nik Abdul Aziz sekarang bercelaru dengan masalah dalaman parti. Beliau berkata, masalah dalaman yang dihadapi Pas negeri itu menyebabkan kebajikan rakyat terjejas kerana tumpuan pemimpin telah beralih arah. "Sudah jelas mereka akan kekurangan tumpuan untuk menyelesaikan masalah rakyat kerana lebih menumpukan kepada masalah dalaman parti. "Setakat ini kita tidak nampak lagi bahawa hal ini akan selesai. Isu pengganti ini memanglah satu isu yang harus diputuskan lebih cepat," katanya. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ditemui pemberita pada majlis pen

BTN: Muhyiddin bidas Selangor

Oleh SAHBULAH DARWI dan KAMIL MASLIH utusanjohor@utusan.com.my MUAR 26 Nov. - Kursus yang dianjurkan Biro Tata Negara (BTN) bertujuan memupuk perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini dan bukannya menukar pendirian rakyat supaya menyokong UMNO dan Barisan Nasional, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan kursus itu jelas satu percubaan untuk menghalang usaha Kerajaan Pusat menerapkan semangat rakyat supaya menyintai negara berdasarkan konsep 1Malaysia. "Semua modul kursus BTN bukan untuk menarik rakyat menjadi ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN). Kursus itu langsung tiada niat jahat malah ia amat baik untuk perpaduan negara. "Bukan kita hendak tukar orang menjadi ahli UMNO atau BN. Ia hanya menjelaskan tentang dasar kerajaan dan soal perpaduan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan 31 ekor lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Kompleks

Hidupkan Aidiladha dengan ibadah korban - Selamat Hari Raya Aidiladha

Sebenarnya Allah SWT menjadikan Hari Raya Haji sebagai salah satu syiar agama-Nya. Dalam istilah syarak, hari ini yang juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha yang bererti perayaan penyembelihan korban. Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhijjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah. Tegas beliau, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha adalah sama sahaja berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripad

Isu pengganti Nik Aziz : Nik Amar dan Husam tunjuk malu

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju supaya Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik Menteri Besar sebagaimana saranan ahli Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa. Sekali gus dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan. Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan sebagai pemimpin paling layak dilantik Menteri Besar Kelantan, jika Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya. Nik Amar berkata, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Menteri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu. "Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan

Husam tidak mahu jawatan MB Kelantan

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat. Beliau berkata, Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan. "Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior. "(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap sindrom down di Kampung Becah Keranji dekat sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam Pas Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu. B

Ahli Parlimen Pas pertahan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Ahli-ahli Parlimen Pas hari ini 'berlumba-lumba' cuba menzahirkan tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai satu tindakan berintegriti. Dengan tidak menyentuh langsung mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas PMBK melainkan ketika ditanya wartawan, beberapa Ahli Parlimen Pas berusaha memperlihatkan apa yang berlaku itu adalah satu pengorbanan. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nik Abdul Aziz dan keluarga telah melakukan pengorbanan yang besar untuk parti dan memastikan perjuangan Pas dapat diteruskan. "Tok Guru sanggup korbankan keluarga dan menantu sendiri, apa yang ditunjukkan menjadi contoh yang baik. ''Saya anggap apa yang ditunjukkan Menteri Besar Kelantan menjadi contoh dan peringatan kepada pemimpin-pemimpin Pas hari ini dan akan datang bahawa

Fikiran saya kusut - Nik Aziz

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN dan ASMA HANIM MAHMOOD utusankelantan@utusan.com.my KOTA BHARU 24 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui fikirannya kusut berikutan kemelut yang melibatkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Menurut Menteri Besar itu, keadaan tersebut menyebabkan beliau berdiam diri dan enggan mengulas perkara itu kepada pihak media sebelum ini kerana ingin mencari ketenangan. Jelasnya, situasi yang sama pernah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak berhubung dengan orang ramai lebih sebulan apabila isteri baginda, Siti Aisyah difitnah. "Kita sebagai manusia ada masa terganggu. Nabi Muhammad SAW lebih dari sebulan tak berjumpa dengan orang ramai bila timbul fitnah terhadap isterinya, Siti Aisyah. Peristiwa Al-Ifki itu begitu sekali mendukacitakan, mengecewakan sampai sebulan Nabi tak berhubung dengan orang ramai. ''Teruk saya ini sebenarnya, tapi begitulah. Kita bergantung d

Chin Peng tidak dimaafkan

Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-7 di Dewan Persidangan Unit Perancangan Pelaksanaan (ICU) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. – BERNAMA PUTRAJAYA 24 Nov. – “Tiada maaf bagimu Chin Peng”. Itulah jawapan kerajaan terhadap permohonan maaf bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu atas keganasan PKM kepada rakyat dan pejuang negara suatu ketika dahulu. Malah, tegas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendirian kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air sebelum ini adalah muktamad. ‘‘Pendirian kerajaan tidak membenarkannya pulang kekal. ‘‘Tiada maaf bagimu (Chin Peng),” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ketujuh di sini hari ini. Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan eksklusif akhbar The Star kelmarin bahawa Chin Peng meminta maaf di atas keganasan yang pern

SPRM akan siasat CEO PMBK biarpun letak jawatan

KOTA BHARU 24 Nov. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan salahguna kuasa dan penyelewengan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman walaupun beliau meletak jawatan. Menurut sumber SPRM, siasatan itu merupakan prosedur biasa berikutan timbulnya pelbagai dakwaan dalam PMBK. "Sehingga kini pihak SPRM sedang mengumpulkan segala bukti dan dokumen yang telah diperoleh apabila pihak kami datang ke PMBK pada awal bulan ini dan siasatan terhadap kes itu sudah separuh selesai,” katanya ketika dihubungi di sini. - Utusan

Isu Nik Aziz, menantu selesai: Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sudah selesai. Beliau berkata campur tangan Pas pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti. "Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Abdul Ariffahmi) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas pusat. "Ini menunjukkan semangat musyawarah yang ditanam dalam parti kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini. Abdul Hadi juga berkata keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu. Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan tersebut dikeluark

Tertipu ‘lakonan’ Anwar

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM saiful.hasam@utusan.com.my KUALA LUMPUR 23 Nov. – Tertipu dengan ‘lakonan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim antara punca utama kenapa semakin ramai wakil rakyat dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti mahu pun meletak jawatan. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, pelbagai kaedah telah digunakan oleh Penasihat PKR itu untuk meyakinkan penyokongnya sehingga sanggup menipu dengan mendakwa ada pihak yang mahu membunuhnya. Katanya, penipuan tersebut dilakukan oleh Anwar sehari selepas bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada Jun tahun lepas bahawa beliau telah diliwat oleh ketuanya itu. “Rakyat tak perlu hairan kenapa ramai wakil rakyat dan pemimpin PKR keluar parti atau letak jawatan. “Mereka semua merasa malu dan tertipu dengan Anwar yang pandai ‘main wayang’, bukankah sehari selepas Mohd. Saiful buat laporan telah diliwat, Anwar dakwa ada orang mahu bunuhnya padahal tiada apa pun yang be

Anwar dianggap pengecut lengahkan dakwaan

KUALA LUMPUR: Umno menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pengecut kerana memanipulasi kuasa mahkamah ketika berdepan bekas rakan karibnya, Datuk S Nallakarupan berhubung isu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata taktik yang digunakan Anwar ketika berdepan dakwaan Nallakarupan dan menyaman bekas rakan karibnya itu adalah dengan ‘menyerang musuh sebelum musuh menyerang.’ “Kita sudah masak dengan taktik dia. Gunakan mahkamah untuk melanjutkan kesnya. Kali ini guna mahkamah bagi mengarah bekas rakan karibnya membekalkan butiran isu itu,” katanya. Beliau mengulas dakwaan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Nor bahawa Anwar menggunakan peguam untuk meminta bukti bagi melengahkan perjalanan kes terhadapnya termasuk dalam isu pendedahan Nallakarupan. - Berita Harian

Husam letak jawatan?

Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my KOTA BHARU 21 Nov. – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu. Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran. Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman. Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz. Namun Pas Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim berka

Hukum Hadiah buat seseorang berpangkat

من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

Anwar tidak mampu berdepan Nallakarupan di mahkamah

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak mampu berdepan dengan bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakarupan di mahkamah dalam isu menerima duit RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor berkata, sehubungan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut menggunakan peguam untuk meminta bukti bagi melengah-lengahkan perjalanan kes . Katanya, ini taktik biasa Anwar dengan memanipulasikan setiap ruang teknikal yang boleh memberi keuntungan kepadanya. "Ini bukan untuk cari kebenaran tapi taktik nak lari daripada Nallakaruppan. "Saya pelik kerana dia penasihat PKR yang kononnya berjuang mencari keadilan tapi dia sendiri yang cuba melengah-lengahkan keadilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Nallakarupan membekalkan butiran terperinci berhubung dakwaan bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada syarikat perjudian,

Pakatan Campuran Gagal Berfungsi

By administrator | Category: Berita Eksklusif Parti-parti pembangkang, khususnya pakatan campuran yakni PAS, DAP dan PKR gagal memainkan fungsi untuk turut serta menyumbang dalam menjana pembangunan negara malah perjuangan mereka tidak menepati situasi masyarakat tempatan apabila peranan mereka ditolak kerana dianggap ketinggalan. Melihat kepada perkembangan terkini khususnya di negeri-negeri yang diterajui oleh pakatan pembangkang menyaksikan bahawa, harapan untuk pembangkang mengekalkan tapak mereka di kawasan tersebut adalah nipis memandangkan rakyat menolak perjuangan mereka yang dianggap satu penipuan. Menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai model, pembangkang cuba meniru konsep perkongsian kuasa itu. BN, terbukti berjaya menjadi satu entiti yang membawa kepada kesejahteraan rakyat, kemajuan dan kemakmuran Negara, tetapi bagaimana pula penubuhan pakatan pembangkang yang mereka gelarkan sebagai Pakatan Rakyat? Apa yang jelas, cara pakatan pembangkang

SPRM ambil alih siasatan dokumen pemilikan Azmin, Shamshida bernilai RM8 juta

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Polis menyerahkan siasatan berhubung dakwaan isu pemilikan saham oleh beberapa individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang didakwa mencecah RM8 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis telah menyerahkan kesemua dokumen dan keterangan bekas Setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari kepada SPRM, petang semalam untuk memulakan siasatan. Menurutnya, pihak SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung isu sama sebelum ini dan dipercayai 'terganggu' disebabkan kekurangan keterangan dan bukti. "Sekarang kita dapat keterangan dan bukti baru, jadi kita serahkan kepada SPRM memandangkan suruhanjaya itu telah menjalankan siasatan awal sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini. Semalam, Anuar membuat

Krisis MCA semakin kusut - TPM Persoal Pelan Perpaduan

Krisis dalaman MCA semakin kusut apabila mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu semalam mengumumkan keputusan drastik termasuk menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November ini. Mesyuarat juga melucutkan keanggotaan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun serta tujuh lagi dalam Lembaga Presiden. Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tetap mahu ahli-ahli MCA menghadiri EGM tersebut menyifatkan keputusan CC sebagai operasi pancung sejak mesyuarat 3 November lalu. Ka Siong berkata, muslihat di sebalik pelan perpaduan itu kini jelas iaitu Presiden mahu membina kumpulan yang mematuhi arahannya. KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kemelut kepimpinan MCA semakin parah apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu hari ini memutuskan menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) kedua yang dirancang oleh ‘kumpulan 16’ pada 28 November ini. Dalam perkembangan yang sama, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat turut mengumumkan pelucutan keangg

BN sedia tanding DUN Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) sedia bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah jika Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka. Najib yang juga Pengerusi BN berkata, BN akan akur dan menghormati sebarang keputusan mahkamah serta menghadapinya mengikut peraturan. "Jika kita boleh merayu, kita rayu. Apa saja mahkamah putuskan, kita akan terima," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam. Sementara itu, di ROME, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong dan kemungkinan diadakan pilihan raya kecil perlu dijadikan iktibar oleh semua wakil rakyat BN. Timbalan Perdana Menteri yang kecewa dengan sikap sesetengah wakil rakyat BN, juga mengingatkan mereka mengenai tugas dan tanggungjawab wakil rakyat bahawa ke

Nudin Awang the RM65k man

Nik Aziz and Nudin Awang share more than just initials. It seems that Nudin was the guy who offered to pay the PAS' spiritual leader's VIP package to Mecca. Nik Aziz said there was no conflict of interest. But my sources said Nudin Awang (aka Nordin Mardi because he was a driver with Mardi before he got his riches) has benefited from the Kelantan state government that Nik Aziz's PAS administers. He's more than just a billboard operator. Nudin is a director of Great Eastern Mills Bhd (GEM) , which is a joint venture between Penang-based SEAL Inc Bhd and Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) , a subsidiary of the Kelantan State Economic Development Corp. (SEDC) . Despite its timber concessions GEM, somehow, managed to stay an unprofitable venture. There are whispers about hiving off profits to SEAL Inc, but it's something that needs to be proven. But profitable or not, it hasn't stopped the Kelantan government from awarding generous concessions to GEM. Accor

UMNO tidak gentar Anwar burukkan PM

PONTIAN 14 Nov. – UMNO tidak gentar dengan usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memburuk-buruk peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa terbuka dengan kritikan, namun biarlah ia membina dan bertanggungjawab. “UMNO tidak gentar dengan ancaman itu dan belum mengetahui bentuk serangan yang akan dilakukan ke atas Perdana Menteri, namun kita bersedia untuk membalas balik sekiranya memerlukan. “Namun, jika serangan ke atas Perdana Menteri hanya merupakan satu fitnah dan berbentuk peribadi, ini menunjukkan pembangkang di negara ini masih lagi tidak matang,” katanya mengulas usaha Anwar untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penyerahan gelanggang serba guna di kawasan Parlimen Pontian di Kampung Jawa, di sini semalam. Empat gelanggang yang diserahkan iaitu di Kampung Permatang Sepam, Pekan Benut, Pekan Kampung Jawa dan Ba

Azmin, isteri, ipar didakwa beli saham bernilai

pengarang@utusan.com.my SHAH ALAM 13 Nov. – Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mencecah RM8 juta pada awal 1990-an. Dua lagi individu yang terbabit seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin. Vickneswaran mendakwa, dokumen itu diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di rumahnya di Kota Kemuning pada pukul 3 pagi, semalam. Katanya, kesemua dokumen itu hanya dibuka di sebelah pagi iaitu semasa bersarapan. “Setelah diteliti saya mendapati dokumen itu melibatkan urusan peruntukan unit-unit saham, pembelian saham dan jumlah kemasukan wang dalam akaun-akaun yang melibatkan tiga individu. “Mengikut dokumen ini dalam tempoh tiga tahun mulai 1992, seorang daripadanya telah membelanjakan kira-kira RM800,00

Najib lantang : Malaysia tolak dasar perlindungan

Najib Tun Razak menjawab soalan delegasi pada Sidang Kemuncak Ketua Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasific (APEC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Suntec, Singapura, semalam. - BERNAMA SINGAPURA 13 Nov. - Malaysia memberi mesej jelas pada sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik bahawa ia menolak sebarang dasar perlindungan dan mahu rundingan Pusingan Doha disempurnakan. Ini ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Sidang Kemuncak Ketua Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin, beliau menegaskan sokongannya terhadap perdagangan bebas dan memastikan bahawa usaha dilaksanakan bagi mencapainya. Dengan merujuk kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, beliau berkata: "Apa yang saya suka terhadap dasarnya ialah dia penyokong perdagangan bebas walaupun saya mungkin tidak menyukai dasar-dasarnya yang lain." Najib kemudian menyebut bahawa dia mengulangi iltizam pemimpin-pemimpin dunia dala

Pas amal bai'ah sumpah setia laknat

KUALA LUMPUR 13 Nov. — Pas mengakui ia hanya mengamalkan bai”ah sumpah setia laknat bukannya amalan bai”ah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata, amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar Pas yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam. "Pas ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai”ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. Pas buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon. "Walaupun kita (Jawatankuasa Pas Pusat) tak setuju apa yang dilakukan oleh Khalid, tetapi kita hormati pendirian beliau. Mungkin itu pilihan dia untuk tunjukkan kesetiaan kepada parti,” katanya pada sidang media berhubung isu bai”ah di ibu pejabat Pas di sini hari ini. Khalid baru-baru ini telah mendedahkan mengenai wujudnya amalan bai”ah dalam kalangan

Manoharan tak puas hati kepemimpinan MB Selangor

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepemimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pada sesi perbahasan Bajet 2010 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam, wakil rakyat DAP itu secara terbuka mengkritik Abdul Khalid yang didakwa membuat kenyataan tidak wajar mengenai isu demonstrasi membawa kepala lembu pada Ogos lalu. Beliau berkata, demonstrasi depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu ada kaitan secara langsung dengan Umno, sekali gus bercanggah dengan kenyataan Abdul Khalid yang sebelum ini berkata, demonstrasi itu bukan didalangi Umno. Manoharan berkata, Abdul Khalid tidak sepatutnya membuat sebarang kenyataan berhubung demonstrasi itu kerana kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah dan pihak terbabit sudah didakwa. “Saya kesal dengan kenyataan Menteri Besar yang kata demonstrasi

'Tidak berniat jadikan isteri sebagai cagaran' - Khalid

Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainudin dan Mohd Anwar Patho Rohman bhnews@bharian.com.my Baiah pendinding daripada khianati parti: Khalid KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata beliau tidak berniat menjadikan isterinya sebagai cagaran apabila mengangkat baiah cerai talak tiga ketika pilihan raya umum lalu tapi ia sebagai halangan untuknya melompat parti. Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam dan ahli Lujnah Politik Pas Pusat berkata, baiah itu adalah pendinding untuknya daripada mengkhianati parti jika menerima sogokan daripada luar parti. "Kalau orang tidak faham, tindakan itu seperti membunuh diri tetapi bagi Pas ia sebagai benteng penghalang wakil rakyat melompat parti. "Isteri bukanlah dijadikan cagaran tapi ia adalah sebagai hadiah kerana demi isteri, kita tidak akan melakukannya. "Baiah ini juga seperti tindakan panglima tentera Islam, Tariq Ziad membakar kapal armada lautnya selepas berjaya menyeberangi S

CEO PMBK didesak letak jawatan - Kickdefella

Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bharian.com.my KOTA BHARU: Bekas Pegawai Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz, mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kepincangan dalam pengurusan perbadanan itu dan sedia mendedahkan segala maklumat berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sehubungan itu, beliau mendesak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, meletakkan jawatan bagi menjaga nama baik Kerajaan Kelantan khususnya Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Katanya, sebagai bekas penjawat awam dan rakyat Malaysia, beliau bertanggungjawab membantu siasatan jika dilakukan oleh SPRM terhadap PMBK. "Saya minta Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai CEO demi menjaga nama baik Kerajaan Pas dan Menteri Besar. Saya rasa saya mewakili sebahagian besar kakitangan PMBK, wakil rakyat Pas dan pimpinan Pas negeri yang banyak merasai kemelut akibat kedudukan Abdul