Skip to main content

Doa Nik Aziz Kena Diri Sendiri - Pemuda UMNO Kelantan


KOTA BAHARU, 3 Jan (Bernama) -- Pemuda Umno Kelantan mendakwa bencana yang menimpa kerajaan PAS Kelantan sekarang adalah pantulan daripada doa oleh pemimpin tertinggi parti itu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa musibah baru-baru ini.

Ketuanya Anuar Sapian berkata antara isu itu ialah rasuah iaitu tajaan mengerjakan haji kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh sebuah syarikat, pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), perbalahan antara Exco, peletakan jawatan menteri besar dan terbaru saman sebanyak RM800 juta.

"Ini semua Allah SWT telah tentukan dan mungkin pantulan doa supaya Tuhan jatuhkan bala ke atas Perdana Menteri mengena diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis Pemuda Umno Bersama Media di sini pada Ahad.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz mengundang kemarahan rakyat apabila meminta orang ramai mendoakan agar Najib ditimpa musibah jika tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

Anuar berkata PAS sepatutnya sedar dengan kesilapan dan tidak melakukan perkara-perkara di luar batasan syarie termasuk mendoakan sesama Islam supaya dikenakan bala.

Beliau berkata tindakan itu juga telah menjejaskan kredibiliti parti PAS yang mengaku Islam.

Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno pusat Afandi Yusof menyarankan PAS bertaubat dan mengaku kesilapan dengan kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata apa yang diajar dalam Islam supaya mendoakan kebaikan sesama muslim bukannya mendoakan supaya Tuhan jatuhkan bala kepada sesama Islam. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T