Skip to main content

Zulkifli pelik ada Melayu sanggup 'jual' kalimah

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin melahirkan rasa pelik dengan sikap sesetengah orang Melayu kerana beria-ria mahu 'menjual' nama tuhan mereka sendiri kepada bukan Islam.

Beliau yang terkenal dengan pendirian tegasnya dalam isu berkaitan Islam walaupun kadangkala bertentangan dengan pendirian parti yang diwakilinya turut mempertikaikan motif golongan tersebut menyokong permohonan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian negara ini.

Zulkifli turut mempersoalkan adakah pihak berkenaan telah mendapatkan pandangan daripada penganut agama Kristian di negara ini sendiri sama ada benar-benar mereka maju menggunakan Allah sebagai ganti nama tuhan mereka.


"Saya mahu tanya puak-puak Melayu yang beria-ria sangat nak benarkan Kristian Malaysia guna nama Allah sebagai ganti nama tuhan yang mempunyai anak Jesus seperti mana kepercayaan Kristian, sudahkah mereka bertanya kepada Pope Benedict, Ketua Agama Kristian?

Zulkilfli melahirkan kekesalan itu dalam entri terbaru bertajuk 'Dunia Kristian Tolak 'Allah'' yang disiarkan laman blognya di alamat: http:// zul4kulim.blogspot.com/.

Beliau sebelum ini juga pernah menggesa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad supaya keluar daripada Pas berikutan pendiriannya yang tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

Gesaan itu rentetan daripada pendirian Khalid yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan rasminya kelmarin juga menjelaskan penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi namun penggunaan secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan.

Sementara itu dalam entri yang sama, Zulkifli turut memuatkan artikel bertajuk Is Calling The Christian God 'Allah' Wrong yang membincangkan mengenai kontroversi di kalangan penganut Kristian Eropah apabila wujud cadangan nama 'God' ditukar daripada Jesus menjadi Allah.


Artikel berkenaan berkisar kepada tindakan seorang mubaligh Kristian Amerika Syarikat (AS), Dr. R. Albert Mohler Jr. yang menyanggah cadangan seorang bekas Bishop Roman Katholik di Belanda, Tiny Muskens supaya penganut Kristian di negaranya berdoa kepada Allah.
Versi penuh artikel itu boleh dibaca di http://www.christianpost.com/article/ 20070823/is-calling-the-christian-god-allah-wrong/index.html. - Utusan

Comments

  1. melayu mcm ni memang tak dak maruah. kasi sembelih je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T