Skip to main content

1Malaysia Yang Diperlukan Rakyat, Bukan Yang Lain - Kata PM

MELAKA, 5 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gagasan 1Malaysia merupakan konsep yang diperlukan oleh rakyat kerana ia mempertahankan hak semua kaum di negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara serta mampu memajukan negara.

Memandang sinis sikap pembangkang yang kini menukar irama daripada "Malaysian Malaysia" kepada "Middle Malaysia", Najib berkata konsep 1Malaysia kini telah diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Berucap di hadapan 51,000 rakyat Melaka yang membanjiri Pantai Klebang pada Program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka Khamis malam, Najib berkata konsep 1Malaysia selaras dengan peruntukan Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mempersoalkan hak mana-mana kaum.

"Janganlah kita persoalkan hak orang Melayu. Jangan kita persoalkan kewarganegaraan bukan Melayu, mereka telah jadi warganegara kita. Mereka tetap jadi warga yang setia kepada negara, negara kita akan terus maju dan berjaya," katanya.

Najib berkata gagasan 1Malaysia memupuk satu semangat baru di kalangan rakyat ke arah kecemerlangan negara. Najib turut mengajak rakyat agar "berhijrah" daripada bersikap toleransi kepada penerimaan kerana bersikap toleransi bererti masyarakat sebenarnya tidak rasi antara satu sama lain.

Sebaliknya apabila bersikap penerimaan, ia bererti kepelbagaian dalam masyarakat dapat diterima sebagai satu kekuatan.

Najib berkata daripada segi lipatan sejarah, Melaka merupakan titik tolak dalam kepelbagaian kerana beratus tahun dahulu, Pelabuhan Melaka merupakan pusat perdagangan penting di rantau ini dan menjadi pusat tumpuan perdagangan dunia dengan kepelbagaian dan kemajmukan menjadi cara hidup pada ketika itu.

"Kemajmukan itulah satu keunikan yang diterjemahkan sebagai kekuatan kita," katanya.

Mengenai Melaka, Najib berkata rakyat negeri itu bertuah mempunyai Ketua Menteri seperti Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang sentiasa berusaha mewujudkan projek dan pembangunan untuk manfaat rakyat negeri itu.

Perdana Menteri berkata beliau akan mempertimbangkan projek yang wajar dan mampu diusahakan Melaka seperti memanjangkan kawasan bagi program pengindahan Sungai Melaka, melebarkan jalan ke Pantai Klebang dan meningkatkan perkhidmatan bas di negeri itu.

"BN bukan parti main politik, saya mahu BN sentiasa membela rakyat. Kerajaan yang dipilih ini akan terus membela rakyat," katanya.

Menyatakan hasrat untuk mengunjungi Melaka lagi, Najib menyifatkan lawatan seharinya ke Melaka berbaloi walaupun meletihkan kerana bilangan rakyat Melaka yang datang ke program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka sungguh luar biasa.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Dataran 1Malaysia, tempat berlangsungnya program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka di Pantai Klebang dan melancarkan poskad Impian 1Malaysia. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T