KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng, berkata beliau percaya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyedari keadaan terkini politik di Pulau Pinang tetapi tidak bertindak untuk menanganinya.
"Saya rasa beliau tidak bertindak menanganinya...mungkin beliau fikir berkompromi (dengan DAP) adalah cara terbaik," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Tan ditanya sama ada Anwar menyedari mengenai kebimbangan beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, daripada DAP.
Pulau Pinang ditadbir oleh pakatan parti DAP, PKR dan Pas.
Terdahulu, Tan mendakwa Lim seorang yang angkuh dan harus disingkirkan daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.
Tan mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan menarik balik atau berhenti membuat kenyataan mengenai "keangkuhan" Lim meskipun menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali, supaya berbuat demikian. - Berita Harian

anwar dok serabut pasai kes liwat la...mana ada masa nak ingat benda lain!
ReplyDeletekena faham la bro. tgh tension. 'mokhtar' pun dak keluaq, sikit lg, macam2 lagi yg keluaq...
ReplyDelete