Setiausaha Agung DAP didakwa tadbir secara 'berat sebelah'
BUTTERWORTH: Tidak sampai tiga hari selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas kepimpinan Guan Eng.
Kali ini, kritikan dilemparkan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Setiausaha Agung DAP itu dalam mentadbir kerajaan negeri yang dilihatnya semakin hilang arah.
Tan berkata, Guan Eng mentadbir Pulau Pinang secara tidak adil sehingga hak rakan parti dalam pakatan pembangkang terhakis selain tidak menggemari jika ada pihak mengkritiknya.
"Banyak tindakannya menghakis hak rakan dalam pakatan pembangkang, antaranya menolak pencalonan bagi menjawat jawatan dalam agensi milik kerajaan negeri seperti Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
"Beliau juga tidak suka dikritik seperti dilakukan ahli kami yang menjadi Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ketika mengutarakan pelbagai isu rakyat.
"Ini menunjukkan apa diperkatakan Zahrain memang benar," katanya di sini, semalam.
Baru-baru ini, Zahrain melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.
Beliau turut mendakwa PKR terlalu bertolak ansur dan banyak mengorbankan prinsip asal perjuangan bagi bersahabat dengan DAP terutamanya Guan Eng sehingga menyebabkannya menjadi parti tempelan dalam kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau mendesak PKR supaya mengkaji semula hubungannya dengan DAP dalam pakatan pembangkang di semua peringkat.
Akibat kenyataan Zahrain, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengadakan mesyuarat dipengerusikan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya, semalam.
Mesyuarat itu memutuskan untuk menghadap bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang itu kepada Lembaga Disiplin parti.
Tan berkata, apa yang diperkatakan Zahrain sememangnya dirasai ahli PKR, tetapi mereka enggan menyuarakannya kerana terlalu bertolak ansur dan mahu menjaga hubungan dengan DAP.
"Memang ramai berkongsi perasaan itu, tetapi apabila dalam mesyuarat, mereka kata biarlah perkara ini kerana bimbang berlaku kecelaruan dalam pakatan pembangkang.
"Ini tidak boleh. Kita perlu memberitahu sesuatu yang tidak betul dan bukannya menyimpan dalam hati saja. Jika ia berterusan, rakyat mungkin tidak akan percaya dengan kita lagi," katanya. - Berita Harian

Comments
Post a Comment