Skip to main content

Krisis kepemimpinan Pulau Pinang buka mata rakyat: Muhyiddin

JOHOR BAHRU: Krisis kepemimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah suatu pengajaran yang membuka mata rakyat tentang ketidakupayaan pakatan pembangkang mentadbir negeri yang dimenanginya pada pilihan raya umum yang lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata krisis kepemimpinan Ketua Menteri itu di mana beliau telah dikecam secara terbuka pemimpin pakatan pembangkang negeri terbabit sudah mencapai tahap yang serius.

"Sudah terburai cerita dan ianya (kritikan) telah diungkap oleh pemimpin-pemimpin parti (pembangkang) sendiri. Sudah tentu ada asasnya dan menunjukkan betapa kepincangan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang.

"(Krisis kepemimpinan) itu telah membuka mata rakyat Pulau Pinang dan negeri lain tentang kepemimpinan Guan Eng yang dikatakan sebagai kuku besi dan lain-lain lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majis pecah tanah stadium dan kompleks sukan Educity@Iskandar di Nusajaya hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno ditanya tentang kritikan keras yang dilemparkan pemimpin parti pembangkang terutamanya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Lim, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang melabelkan Lim sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis kerana sikapnya tidak suka dikritik.

Turut menyokong kenyataan Zahrain ialah seorang lagi pemimpin PKR, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang mendakwa Lim seorang yang angkuh dan harus disingkirkan daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, walaupun pemimpin-pemimpin pembangkang menggelar mereka Pakatan Rakyat tetapi di masa yang sama mengetahui ideologi politik yang diamalkan mereka adalah bercanggah di antara satu sama lain.

Timbalan Perdana Menteri turut ditanya tentang tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Pejabat Daerah Hulu Selangor memulangkan bayaran oleh Yayasan Melaka untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, Rawang.

Muhyiddin menyifatkan penolakan bayaran cukai tanah sebanyak RM5.5 juta oleh Khalid itu telah membuktikan bahawa Menteri Besar Selangor itu tidak mempunyai "perasaan ihsan."
Beliau yang merasa amat kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor itu turut menyifatkan Khalid sebagai seorang yang lebih mementingkan soal politik daripada usaha untuk membela golongan miskin.

"Bila ada orang hendak tolong, dia (Khalid) tolak. Ini adalah untuk faedah rakyat miskin di Selangor dan negeri lain. Pasal isu ini telah dipolitikkan, beliau (Khalid) tidak dapat jadi pengerusi (YBK), jadi (tanah) itu dibatalkan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Khalid tidak perlu mempersoalkan dari mana datangnya duit untuk membayar cukai tanah itu, tetapi sebaliknya perlu menerimanya.

Mengenai tindakan bekas Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata yang berbaur perkauman pada satu majlis di Melaka baru-baru ini, Muhyiddin berkata "Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kecewa dengan perkara itu dan Nasir telah meletakkan jawatan.

"Ini (peletakan jawatan oleh Nasir) menunjukkan betapa seriusnya perkara itu. Parti amat bimbang dan beliau (Nasir) kesal dengan perkara itu, ia bukan dilakukan dengan sengaja," katanya dan menurutnya Nasir ialah penyokong kuat Barisan Nasional (BN). - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T