Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Saturday, February 6, 2010

Nasib anjing pun lebih baik - PCM

PULAU PINANG 5 Feb. - Jika semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mendakwa Lim Guan Eng melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing, Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini menyifatkan Ketua Menteri itu sebenarnya lebih zalim daripada itu.

Malah menurut Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan, nasib anjing adalah lebih baik kerana mempunyai tuan yang penyayang dan memberi cukup makan berbanding layanan diterima oleh wakil rakyat PKR.
 Beliau menegaskan, ia boleh dilihat berdasarkan keistimewaan diberikan oleh Guan Eng kepada ahli Parlimen dari DAP yang begitu berbeza dengan mereka dari PKR.

"Jika kita kaji, Guan Eng tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada semua ahli Parlimen kecuali ahli dewan undangan negeri (ADUN).

"Tapi, dia (Guan Eng) memberi pelbagai jawatan kepada ahli Parllimen DAP seperti exco, pengerusi agensi kerajaan negeri dan banyak lagi termasuk dia yang berjawatan Ketua Menteri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Antara wakil rakyat DAP yang mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri ialah Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II); Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri) dan Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow (Exco).

Cheng Guan memberitahu, tanpa peruntukan, sukar untuk wakil rakyat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat.

"Wakil rakyat mahu kemudahan peruntukan bukan untuk diri sendiri tapi membantu rakyat seperti orang miskin dan menyelesaikan masalah mereka," ujarnya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...