Anwar, dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikannya itu meliwatnya, turut hadir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memeriksa apartmen dua bilik tidur itu yang terletak di tingkat lima.
Mohd Saiful menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu apabila dia datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama di mana kejadian liwat itu berlaku selepas itu.
Semasa pemeriksaan itu, Mohamad Zabidin dilihat bertanya beberapa soalan kepada Mohd Saiful.
Terdapat sebuah katil kelamin di bilik tidur utama di mana tingkapnya ditutupi langsir warna kelabu gelap.
Langsir berwarna serupa juga terdapat di ruang tamu yang juga terdapat sofa kulit berwarna pudar.
Di ruang makan, terdapat sebuah meja makan untuk enam orang.
Anwar meninggalkan tempat itu selepas pemeriksaan di bilik tidur utama.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Perbicaraan dijalankan selepas 18 bulan Anwar dihadapkan dengan tuduhan itu.
Dari apartmen itu, hakim dan Mohd Saiful pergi ke pejabat pengurusan kondominium itu untuk memeriksa kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).
Lawatan itu diadakan selepas Mohd Saiful menyambung keterangannya secara tertutup pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kl yang terletak berhampiran.
Pemeriksaan di HKL dilakukan 28 Jun 2008: Saiful
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menjalankan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 berhubung dirinya diliwat bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Penyokong Anwar caci Saiful ketika lawat kondominium
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencaci Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika beliau tiba di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, di sini bersama rombongan perbicaraan kes liwat tengah hari tadi.Mereka yang kebanyakkan adalah wanita, menjerit pelbagai perkataan kesat kepada Saiful ketika beliau mengikuti hakim, peguamnya dan peguambela Anwar menuju ke kondominium itu.
Rombongan perbicaraan berada di sana untuk melawat tempat kejadian di mana perbuatan liwat itu dilakukan selepas Saiful menyambung keterangan secara tertutup di mahkamah pagi tadi.
Anwar yang turut berada di sana tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Perbicaraan dijalankan selepas 18 bulan Anwar dihadapkan dengan tuduhan itu.
Penyokong Anwar caci Saiful ketika lawat kondominium
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencaci Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika beliau tiba di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, di sini bersama rombongan perbicaraan kes liwat tengah hari tadi.Mereka yang kebanyakkan adalah wanita, menjerit pelbagai perkataan kesat kepada Saiful ketika beliau mengikuti hakim, peguamnya dan peguambela Anwar menuju ke kondominium itu.
Rombongan perbicaraan berada di sana untuk melawat tempat kejadian di mana perbuatan liwat itu dilakukan selepas Saiful menyambung keterangan secara tertutup di mahkamah pagi tadi.
Anwar yang turut berada di sana tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. - Berita Harian
Comments
Post a Comment