Skip to main content

PM Anjur Jamuan Teh Khas Buat Rakan Online 13 Mac depan.

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menganjurkan jamuan teh khas buat rakan-rakan online di kediamannya di Putrajaya pada hari Sabtu, 13 Mac depan.

Beliau berkata jamuan yang dijadualkan bermula pukul 4 petang itu bertujuan membolehkannya berinteraksi dengan cara yang lebih langsung dengan peminat dan rakan online beliau.

"Sebagaimana yang telah disentuh dalam blog-blog saya yang terdahulu dan dalam beberapa wawancara, saya begitu gembira dengan kadar interaksi online yang telah dicapai bersama dengan orang ramai melalui blog peribadi saya di 1Malaysia.com.my serta Facebook dan Twitter.

"Saya begitu kagum dengan tahap penglibatan online yang kita alami setakat ini dan ingin meneruskan dialog 1Malaysia kita. Sesungguhnya saya tergerak hati untuk berinteraksi dengan cara yang lebih langsung dengan peminat dan rakan online saya," katanya yang dipetik dari laman blog beliau www.1Malaysia.com.my Jumaat.

Najib berkata walaupun penyertaan untuk acara itu adalah terhad tetapi beliau menginginkan majlis tersebut menjadi acara pembuka bagi kelangsungan sesi-sesi seterusnya.

Katanya segala komen dan maklum balas yang banyak serta memberangsangkan yang diterimanya menerusi ketiga-tiga medium tersebut akan diperbincangkan pada sesi interaksi itu.

Memandangkan tempat adalah terhad, beliau meminta rakan-rakan online yang ingin menyertai jamuan tersebut mengisi borang kehadiran yang disediakan di laman blognya www.1Malaysia.com.my di mana pendaftaran akan dibuka sehingga 15 Feb, pukul 11.59 malam.

Najib juga meminta agar rakan-rakan online beliau untuk terus melayari laman blognya kerana banyak lagi acara dan peluang yang akan diadakan selepas ini.

"Bermula pada 2010, saya akan membuka lebih banyak peluang untuk kita berinteraksi secara online dan bersemuka, yang akan saya umumkan di laman web saya serta Facebook," katanya. -- BERNAMA

Comments

  1. BIJAK! inilah yg diharapkan oleh Rakyat terutama golongan celik IT (golongan muda). Perdana Menteri 1MALAYSIA yg sentiasa peka dan mendahulukan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro, bagus sangatlah tu, tandanya PM prihatin kepada semua golongan rakyat....

    ReplyDelete
  3. Rakyat memang menghargai dan rasa dihargai jika strategi ini digunakan juga di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.
    Rasa dekat sgt dgn Kepimpinan Negara...ALHAMDULILLAH TAHNIAH DS NAJIB!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T