Skip to main content

Sikap buruk pembangkang makan diri - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Sikap parti-parti pembangkang yang gemar membuat tuduhan melampau terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO kini memakan diri sendiri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sememangnya mudah untuk pakatan pembangkang mengkritik pihak pemerintah sewaktu mereka tidak memegang sebarang tanggungjawab terhadap rakyat dahulu.

''Hari ini, apabila rakyat memberi mereka peluang untuk memerintah beberapa negeri, mereka sudah mula memperlihatkan belang dan perbezaan ideologi politik, kepimpinan dan pendirian.

''Selain itu, sudah ada yang buat keputusan untuk keluar parti pula. Dan kita tidak hairan jika nanti mereka menuduh UMNO dan BN punca ahli-ahli mereka keluar parti kerana dari dulu mereka memang suka menuduh,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan krisis politik pembangkang terutama di Pulau Pinang kini pada tahap amat serius yang menggambarkan penolakan jelas terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dinyatakan oleh Presiden UMNO itu.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pengundi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik mulai sedar yang mereka tertipu, terpedaya dan diperalatkan oleh pakatan pembangkang dalam pilihan raya lalu.

Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh jentera Wanita UMNO yang rakyat juga menyifatkan mangsa utama pergelutan kuasa dan pencabulan prinsip di kalangan pakatan pembangkang ialah mereka sendiri.

''Allah itu maha kuasa, tidak sampai setahun satu demi satu keburukan dan kelemahan ketara pihak pembangkang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.

''Nasib baik kepimpinan kerajaan BN kuat dan bertanggungjawab, jika tidak akan hancur negara ini dalam genggaman rakus pakatan pembangkang,'' ujar beliau.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula melihat pakatan pembangkang sebenarnya sudah menampakkan keretakan dari awal lagi.

Menurutnya, umum mengetahui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas masing-masing mempunyai ideologi tersendiri yang hakikatnya tidak membolehkan ketiga-tiga parti itu untuk bekerjasama dengan baik.

''Pas dengan agenda negara Islam yang secara terang-terangan ditentang oleh DAP, manakala PKR pula cuba berselindung di sebalik satu parti untuk semua kaum,'' katanya.

Justeru, katanya, Puteri percaya sudah tiba masanya barisan pemimpin PKR dan Pas memikirkan secara serius tentang kerjasama itu yang ternyata tidak menguntungkan mana-mana pihak.

''Apa yang kita lihat adalah kelakuan mereka itu lebih menampakkan kebodohan sendiri kerana terpaksa bersetuju dengan perkara-perkara yang bukan pegangan serta kepercayaan mereka,'' katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pakatan pembangkang tidak akan berjaya menambat hati seluruh rakyat negara ini kerana tidak sehaluan sesama mereka.

Sebagai contoh, kata beliau, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tergamak mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang secara terang-terangan dan perkara seperti itu tidak pernah berlaku dalam kepimpinan kerajaan BN selama ini.

''Pembangkang harus ingat bahawa bukan senang mentadbir negara tetapi lebih senang mengkritik dan kini pembangkang dilihat masih tidak mampu menunjukkan formula untuk mentadbir kerajaan dengan baik kepada rakyat,'' kata beliau. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T