KUALA LUMPUR 31 Jan. - Corak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang akhir- akhir ini mengiyakan dakwaan beberapa pihak yang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersifat cauvinistik dalam segenap perkara.
Malah gagasan Middle Malaysia dilihat menipu rakyat, mengamalkan perkauman dan kuku besi dengan buktinya perobohan gerai-gerai Melayu di negeri itu baru-baru ini.
Sehubungan itu Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, rakyat negeri itu wajar menilai semula mandat yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang di bawah teraju DAP.
Katanya, DAP sendiri telah menidakkan dasar pentadbiran beliau yang kononnya mengutamakan agenda cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT).
"Rakyat Pulau Pinang hari ini bertanya, apakah agenda CAT suatu pembelaan kepada rakyat atau menjadi agenda yang rasis dan cauvinis untuk meminggirkan kaum Melayu?
"Apa yang berlaku ketika ini menguatkan lagi tanggapan bahawa 'Middle Malaysia' adalah agenda yang kosong dan tidak mempunyai asas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas berkata, tindakan anggota pembangkang mengkritik secara terbuka kepimpinan Guan Eng seharusnya membuka minda rakyat tentang wujudnya rasa kurang percaya dalam kalangan mereka.
"Kita kesal dengan suasana caca-marba dan tidak telus seperti ini. Mereka pula bertekak dan bergaduh sesama sendiri, nasib rakyat diketepikan," jelasnya.
Dalam hal ini, kata Reezal, tiada ruang buat seorang pemimpin yang cauvinis, mementingkan diri dan menidakkan hak kaum lain seperti yang digambarkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim terhadap Guan Eng.
Malah tegasnya, Guan Eng tidak boleh mengambil sikap 'berat mulut' dan hanya membiarkan jentera parti DAP menjadi alat untuk mempertahankan imejnya.
Baginya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu tampil menafikan sendiri dakwaan bahawa beliau adalah seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.
''Tuduhan oleh rakan mereka sendiri itu adalah tuduhan yang luar biasa dan serius.
''Apa yang sedang dituduh adalah institusi kepimpinan Ketua Menteri sendiri. DAP tak ubah seperti sebuah parti yang cakap tidak serupa bikin,'' kata Reezal. - Utusan

Comments
Post a Comment