Skip to main content

Umno tidak pernah tolak perbincangan dengan pembangkang

KUALA LUMPUR: Umno tidak pernah menolak untuk mengadakan perbincangan dengan parti politik pembangkang dalam membincangkan isu agama Islam, kata dua pemimpin tertinggi parti.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sekiranya pemimpin Pas memperlihatkan kewarasan politik dan bukannya emosi politik, Umno mengalukan-ngalukannya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat Parlimen Bagan Datoh di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam yang mahukan Umno dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berharap sikap keterbukaan Nik Aziz itu berterusan dan diikuti pengikutnya dengan tidak lagi mengeluarkan kenyataan melalut yang boleh menjurus kepada perpecahan ummah.

Di KUALA TERENGGANU, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata cadangan Pas untuk bekerjasama dengan Umno diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan. 

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, cadangan itu bukan pertama kali diusulkan parti pembangkang itu tetapi sering gagal mencapai keputusan yang diharapkan.

"Terpulang kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk pertimbangkan cadangan itu. Tetapi jika ada sinar harapan perpaduan dan semangat berbaik antara dua parti Melayu terbesar ini, maka yang untungnya adalah semua rakyat Malaysia," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, sebelum ini Pas pernah mengemukakan cadangan kerajaan perpaduan yang disambut baik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tetapi apabila cadangan itu dibawa berbincang dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sudah tentulah mereka tidak bersetuju. Jadi lebih baik jika Pas berbincang dengan Umno dan BN.

"Sebelum ini juga pintu dialog terbuka sekali lagi apabila Datuk Nik Aziz setuju untuk kerajaan Kelantan berbaik dengan Kerajaan Pusat tetapi kemudiannya tidak setuju. Kita menjadi keliru dan adakah Pas hanya bermain politik," katanya.

Ahmad berkata, cadangan itu akan timbul setiap kali pakatan pembangkang kelihatan berpecah. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T