Skip to main content

ZALIM! : Selangor rampas tanah YBK walaupun bayaran cuba dibuat.

SHAH ALAM 3 Feb. - Kerajaan negeri hari ini memutuskan merampas semula tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor di Serendah, Rawang walaupun tunggakan cukai sebanyak RM5.7 juta semuanya telah dilunaskan oleh yayasan itu dengan bantuan Yayasan Melaka, Isnin lalu.

Keputusan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu dibuat atas alasan YBK telah gagal mematuhi beberapa peraturan ditetapkan oleh kerajaan negeri termasuk membayar cukai tanah secara berperingkat-peringkat mengikut tempoh yang dibenarkan.

 Ekoran keputusan itu, YBK kini telah kehilangan pegangan tanah seluas 876 hektar di kawasan berkenaan yang sepatutnya menjadi lokasi pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum ini.

Menurut Abdul Khalid, tindakan itu diambil kerana YBK didapati tidak pernah menjelaskan cukai tanah selama 13 tahun sehingga pada Ogos 2009 apabila sebahagian jumlah tunggakan tersebut dijelaskan.

''Tanah berkenaan diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini pada 24 Oktober 1994 kepada YBK. Pada November 1995, kerajaan negeri telah luluskan untuk mengurangkan bayaran premium tanah (cukai) dari RM10,000 bagi setiap 0.4 hektar kepada RM15 bagi setiap 0.4 hektar.

''Tapi YBK tak bayar dalam tempoh berkenaan. Jadi, kita kekalkan status tanah tersebut (milik kerajaan negeri) sehingga YBK membuat permohonan baru kepada untuk mendapatkan tanah itu balik seperti mana orang-orang lain buat permohonan tanah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Tambah Abdul Khalid, dalam masa yang sama kerajaan negeri juga akan memulangkan semula cukai tanah berjumlah RM5.46juta yang dibayar oleh Yayasan Melaka ke pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Selangor, Isnin lalu bagi melangsaikan tunggakan cukai tersebut.

''Kita tidak dapat menerima cek yang dikeluarkan oleh Yayasan Melaka. Dengan demikian, PTD Hulu Selangor telah pun diarahkan untuk memulangkan cek berkenaan kepada Yayasan Melaka secepat mungkin," jelasnya.

Sebelum ini, Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom menganggap isu tunggakan cukai tanah milik yayasan itu selesai setelah pihaknya membayar RM180,000 pada Jumaat lalu sebagai pendahuluan sebelum bakinya dilangsaikan dengan bantuan Yayasan Melaka pada petang Isnin lalu.

Namun, Abdul Khalid pada 1 Februari lalu telah menyatakan pendirian untuk menolak pembayaran cukai tersebut sehingga keputusan rasmi mengenai perkara itu diumumkan pada hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid tidak menafikan beliau masih mahukan YBK melantiknya sebagai pengerusi yayasan itu termasuk beberapa anggota Exco kerajaan negeri dalam keanggotaan ahli lembaga pengarah badan bebas tersebut.

''Memang (perlu lantik) tapi bukan untuk saya, tapi untuk jawatan saya sebagai Menteri Besar.

Kerajaan negeri beri tanah pada harga 35 sen sekaki, jadi kerajaan negeri perlu tahu apa yang berlaku," ujarnya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid tidak menolak kemungkinan bahawa tanah berkenaan diberikan kepada pihak lain untuk tujuan pembangunan tetapi perlu membuat permohonan berdasarkan prosedur serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

''Buat masa ini kita tak bincang tentang pembangunan lain di atas tanah tersebut. Tetapi jika ada pihak lain yang mahu, mereka perlu buat permohonan mengikut peraturan kerana di Selangor ini, kita ada undang-undang dan peraturan," katanya. - Utusan

Comments

  1. Salam bro, inilah yang dikatakan rejim komunis sebenar....... puak ini sering menjadi UMNO bahan tomahan rejim yang zalim.... kini Allah telah menampakkan siapa yang lebih dari rejim yahudi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T