Skip to main content

Monopoli Anwar dorong ahli keluar PKR: Rais

KUALA LUMPUR: Monopoli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi antara punca ahli parti meninggalkan PKR kebelakangan ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, tindakan itu juga mungkin didorong rasa tidak puas hati mereka terhadap kegagalan pimpinan PKR menyusun, mentadbir dan menjelaskan dasar-dasar parti kepada rakyat.

"PKR tampaknya diawasi dan diurus oleh satu keluarga. Di situ kita ada keluarga Ahli Parlimen Permatang Pauh (Anwar) misalnya, dengan isterinya sebagai Presiden (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan anaknya (Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah) juga memainkan peranan penting.

"Jadi nampak sebagai satu enterprise keluarga...ini mungkin tidak meyakinkan rakyat dan didapati pula dasar mereka tidak dapat disusun dan ditadbir sebagai tanda yang jelas kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Internet Mengenai Teknologi Operasi Rantau Asia Pasifik (Aprikot) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Rais diminta mengulas mengenai situasi keluar parti yang berlaku di kalangan anggota PKR akhir-akhir ini.

Krisis hilang keyakinan terhadap kepimpinan dalam PKR semakin meruncing apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, hari ini mengumumkan keluar daripada PKR berkuatkuasa serta merta, sehari selepas bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, berbuat demikian.

Alasan yang diberikan mereka adalah sama iaitu kecewa dengan kepimpinan parti yang gagal memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Pada 12 Februari lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mengumumkan keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, serta kesal dengan perjuangan PKR dalam parti pakatan.

Rais berkata, rasa tidak puas hati di kalangan anggota parti terhadap monopoli dalam PKR pernah diluahkan Mohamad Fairus ketika bertemu dengannya kira-kira sebulan lalu.

Katanya, luahan yang datangnya dari seorang yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri itu membuktikan ada sesuatu yang tidak kena dalam PKR dan percaya trend sedemikian akan berterusan.

Rais berkata, perkembangan dalam PKR ketika ini sememangnya telah diduga kerana jelas asas perjuangan mereka tidak dikepilkan dengan khidmat serta perjuangan yang jelas yang boleh difahami rakyat.

"Oleh kerana tidak sampainya khidmat ini kepada rakyat dan lantaran pemimpin PKR itu adalah semata-mata menonjol ke tahap tidak praktikal, sebab itu parti mereka nampak berkecai," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T