Skip to main content

Suara PKR Semakin Lemah - Penganalisa Politik

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti dilihat melemahkan suara parti itu dalam pakatan pembangkang selain menguatkan lagi suara "blok Bebas" di Dewan Rakyat.

Dua anggota Parlimen PKR; Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal), masing-masing keluar parti pada 12 Feb dan 1 Mac lepas kerana tidak sebulu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ini menjadikan kedudukan terkini dalam pakatan pembangkang ialah PKR dengan 29 kerusi, DAP (28) dan PAS (23), menjadikan 80 kerusi Parlimen masih dikuasai pakatan itu berbanding 137 kerusi diwakili Barisan Nasional (BN).

"PKR hanya mempunyai majoriti satu kerusi dalam pakatan pembangkang. Ini bermakna PKR semakin lemah," kata Dr Sivamurugan Pandian, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Bernama di sini pada Selasa.

Zahrain dan Tan masing-masing tidak bersetuju dengan corak kepimpinan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP yang dikatakan bersikap diktator dan tidak memberikan ruang yang sepatutnya kepada wakil rakyat daripada PKR itu.

Malah Zahrain menyifatkan Lim, yang juga antara pemimpin besar dalam pakatan PKR-DAP-PAS, sebagai cauvinis dan berfikiran bahaya sehingga menyebabkan beliau meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu.

Selain terhakisnya pengaruh PKR dalam pakatan pembangkang, pemerhati politik menyifatkan tindakan keluar parti itu juga menyaksikan kebangkitan "blok Bebas" iaitu kerusi anggota Parlimen Bebas dari tiga kepada lima kerusi Parlimen.

Kerusi Bebas itu diwakili Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) yang pada asalnya bertanding di bawah tiket PAS, dua anggota Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) dari Sepanggar dan Tawau, Zahrain dan Tan.

"Kuasa blok Bebas ini boleh cenderung ke kanan atau ke kiri," kata pemerhati politik itu merujuk kepada senario di Perak yang menyaksikan tumbangnya kerajaan pakatan kepada BN, Februari tahun lepas.

Tindakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) keluar parti juga kerana kecewa dengan kepimpinan parti menyebabkan pakatan kehilangan kuasa di negeri itu.

"Dengan kata lain, blok Bebas akan menjadi kuasa ketiga," kata Sivamurugan.

Selain itu, tindakan keluar parti itu juga akan memberikan kesan kepada suara pakatan pembangkang di Dewan Rakyat yang sehingga kini masih belum mempunyai kabinet bayangan sebagai bukti pembangkang untuk menjadi "government in-waiting" sepertimana dicanangkan beberapa pemimpinnya.

Bagi BN pula, jika kesemua lima wakil rakyat Bebas itu memihak kepada mereka, parti pemerintah itu hanya memerlukan sokongan enam anggota Parlimen lain untuk menguasai kembali dua pertiga majoriti yang amat penting untuk meminda atau menggubal sesuatu dasar.

BN perlu menguasai 148 dari 222 kerusi Parlimen untuk mendapat majoriti itu.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehuddin Hashim yang juga keluar parti mendakwa 10 wakil rakyat PKR dijangka keluar parti tidak lama lagi sekaligus membayangkan "cabaran" kepada pakatan pembangkang.

Selain Zahrain dan Tan, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin turut keluar parti dan menyertai UMNO kelmarin kerana kecewa dengan kepimpinan PKR.

"Hakikatnya, perkembangan terkini itu akan dinilai rakyat. Ia akan mengubah persepsi mereka kepada PKR dan pakatan itu sendiri terutama di kalangan pengundi atas pagar dan golongan muda yang tidak bersikap partisan," kata Sivamurugan. -- BERNAMA

Comments

  1. sokong!eloklah PKR semakin kucar kacir..sememangnya matlamat dan cakap mereka adalah tidak benar..hanya kerana kuasa itu sahaja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T