Skip to main content

UMNO Ampang buat laporan polis hina kematian Haslinda

KETUA Puteri Umno Selangor, Suhaila M Zain (tengah) bersama ahli Puteri Umno Selangor membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial, Facebook yang dikeluarkan seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 2 Mac - UMNO Bahagian Ampang hari ini membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial, Facebook yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo berpendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki itu biadab dan tidak boleh dimaafkan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya merasakan kenyataan itu biadab, manusia yang tidak bertamadun telah menghina seorang ketua Puteri yang telah banyak berjuang dalam parti dan telah kembali ke rahmahtullah dan beliau sendiri tidak berkemampuan untuk meminta maaf,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak mengenali lelaki tersebut dan lelaki itu mendakwa adalah ahli Pas dan berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan.

Sementara itu, pemangku Ketua Puteri bahagian itu, Salwa Yunus berkata, beliau menerima panggilan pada Sabtu lalu daripada seorang wakil Puteri peringkat negeri memaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya yang meragui perkara itu telah cuba menyemak komen tersebut pada pagi ini namun telah dipadamkan oleh lelaki terbabit pada Ahad lalu kerana mendapat kecaman hebat daripada orang ramai,” katanya.

Haslinda, 37, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat sakit jantung dan beliau telah menjadi Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang sejak penubuhannya pada tahun 2001. - Utusan

Comments

  1. alfateha buat allahyarhamah...elok lah tu.kena ajar sikit kebaculan puak tu..memang...entah memang kurang hajar mamat banggai tu...tapi belajar tinggi2...kesian membazir duit mak bapak dia je....tu lah pasal dia dah ada tiket wana hijau masok shorga, di cetak di PASar payang kelantan....

    ReplyDelete
  2. takbur dan riak...sebab tu, mereka berani 'menjatuhkan hukum' syurga dan neraka kpd sesama Islam yg lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T