Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Kalimullah Diminta Jelas 'Pertemuan Sulit'

KUALA LUMPUR 29 Julai - Ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Hassan diminta menjelaskan kepada umum agenda pertemuan sulit beliau dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada November lalu. Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah yang mendakwa berlakunya pertemuan itu berkata, penjelasan Kalimullah sangat penting kerana beberapa pihak yang menghubungi beliau tertanya-tanya mengenai kebenaran pertemuan tersebut. Beliau mendakwa, pertemuan Kalimullah dan Kit Siang turut dihadiri Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua. ''Persoalan saya, apakah motif sebenar perjumpaan berkenaan pada hari itu. ''Dan saya juga ingin meminta penjelasan daripada Tony apakah agenda perbincangan dengan Kalimullah tersebut?" katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Utusan Malaysia hari ini. Azwandin mendakwa, Kalimullah telah menggunakan kedudukan beliau dan kekayaan yang diperolehinya untuk menjadi pengatur agenda yang dilihat boleh merosakkan

Apakah dasar Pas sama dengan DAP dan PKR?

HUJAH utama yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Pas apabila menyentuh soal kerjasama dengan UMNO adalah UMNO mengamalkan dasar kebangsaan, bukan dasar Islam. Atas sebab itu, Pas menolak untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO biarpun atas dasar demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.   Apakah dasar DAP jauh lebih mulia dari yang diperjuangkan UMNO?   Tohmahan mereka adalah UMNO menolak Islam dan Pas tidak boleh bekerjasama dengan parti itu kerana perbezaan dasar. Bagi Pas, kalau parti tersebut menjalin hubungan dengan UMNO atas alasan apa sekali pun, ia seolah-olah satu petaka kepada mereka. Persoalannya apakah jawapan tersebut melambangkan kecelaruan fikiran sesetengah pemimpin Pas atau ia satu jawapan politik? Ia kerana kalaulah dasar perjuangan Islam menjadi teras utama, kenapa Pas sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah kedua-dua parti itu mempunyai dasar yang sama seperti mana diperjuangkan oleh Pas? Bukanka

Isu Pasir Curi : Bukti Kepimpinan Pakatan Gagal atau Sengaja???

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kegiatan melombong pasir tidak terkawal di Selangor jelas membuktikan kepimpinan pakatan pembangkang gagal menguruskan hal yang begitu kecil walaupun negeri itu mempunyai seorang penasihat ekonomi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai sebuah negeri yang mempunyai pakar seperti Anwar, sepatutnya isu-isu seumpama itu tidak sepatutnya timbul kerana penyelesaiannya terlalu mudah. Justeru beliau tidak menolak kemungkinan wujud elemen-elemen rasuah dalam isu pasir berkenaan. ‘‘Saya lihat kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti tidak mampu hendak uruskan hal-hal begini. Selangor ada penasihat dan dia pakar iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. ‘‘Ada penasihat ekonomi tetapi tidak tahu hendak uruskan soal pasir. Apa susah, tangkap sahajalah mereka yang lakukan kesalahan ini. Hukum mereka yang melakukan kesalahan ini. Saya tidak tahulah, mungkin juga ada elemen

Penulis blog AS dedah Anwar 'alat' CIA

KUALA LUMPUR 10 Julai - Selepas dilaporkan tunduk kepada pelobi Yahudi dalam isu Palestin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pula sebagai 'alat' kepada agensi perisik Amerika Syarikat iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA).   Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated. Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa itu di Malaysia. "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segalanya dan mereka merupakan ejen CIA yang menyamar ( Anwar is a CIA creature. That is, he is not an 'agent' but rather, a 'tool'. His list of buddies proves this: they are all underc

Pertelingkahan Pas-DAP : Karpal & DAP Menyakitkan hati - Nasruddin Tantawi

Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan usaha menubuhkan negara Islam oleh Pas amat menyakitkan hati pemimpin serta seluruh ahli Pas. Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), Nasrudin Hasan meminta pemimpin utama DAP itu tidak lagi membangkitkan isu tersebut kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan keharmonian antara Pas dan DAP di dalam pakatan pembangkang. Pada masa sama beliau turut meminta semua pemimpin DAP tidak mendokong pendirian Karpal itu demi kerjasama yang telah terjalin antara semua parti pembangkang dalam satu pakatan. ''Seperti mana kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu ini tidak akan berbangkit sekiranya Karpal menghormati dasar perjuangan yang dibawa oleh Pas. Pas dan DAP mempunyai dasarnya masing-masing dan seharusnya ia dihormati antara satu sama lain. ''Lagipun Pas selama ini tidak pernah mempertikaikan dasar yang dibawa oleh DAP. Pas menghormati dasar perjuanga