PUTRAJAYA 14 Dis. - Di sebalik tuduhan parti-parti pembangkang bahawa kursus yang dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN) berunsurkan perkauman, agensi itu sebenarnya telah melahirkan berjuta rakyat yang cintakan negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sekiranya BTN memainkan sentimen perkauman, sudah lama negara ini hancur. "Sebaliknya, negara ini baik dan bertambah kuat dari setahun ke setahun kerana ada BTN. "Punca orang tidak bergaduh dalam negara ini kerana ada BTN," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar 1Malaysia yang dihadiri kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. Menurut Ahmad, kritikan terhadap BTN berpunca apabila kerajaan pakatan pembangkang di Selangor ingin menganjurkan kursus mereka sendiri iaitu Kerohanian, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial (SPIES). "Kalau mereka hendak buat kursus buatlah, sudah tentu mereka juga akan cerita tentang da...