Skip to main content

Posts

1Malaysia Paksi Patriotisme

1Malaysia diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengambil alih pentadbiran negara pada 3 April 2009. Konsep tersebut muncul ketika keadaan politik tidak menentu, pertumbuhan ekonomi global berada dalam krisis dan lebih daripada itu, perpaduan dalam negara dianggap rapuh. Konsep, gagasan, slogan, agenda ataupun dasar 1Malaysia, namakan apa sahaja tetapi ia mempunyai hubungan utuh sebagai jambatan kesinambungan kepimpinan lalu ke arah satu transformasi holistik. Ia hanya akan berjaya jika anggota masyarakat memiliki iltizam yang kuat untuk memahami dan mahu memahami bagi merealisasikan matlamat asasnya. Dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-52 pada 2009, Najib menyatakan bahawa cabaran besar rakyat Malaysia adalah membaik pulih jambatan yang sedia ada, di samping meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara sesama anggota masyarakat. Apa yang ada tidak semestinya akan bertambah baik, malah boleh musnah jika tidak berhati-hati denganny...

PRK Tenang : Calon PAS Yang Disebut-sebut

Calon Pas Tenang? Apakah Pas akan meletakkan Calon sembrono mereka seperti yang berlaku di Galas. Calun terlibat kes khalwat. Dan yang terbaru adalah ADUN N29 Selising yang didakwa berzina dengan Isteri orang.

Isu Rasuah Jangan Dipolitikkan

Ahli Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap tidak jujur dalam memperjuangkan isu rasuah malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dikatakan bertindak dengan mempolitikkan isu tersebut. Ezam yang ditemui ketika pelancaran bukunya yang bertajuk ‘Islam dan Persoalan Rasuah’ sebaliknya berkata isu rasuah ini merupakan isu negara dan masyarakat. Ezam tegas dalam melawan rasuah. Penubuhan GERAK yang diasaskannya adalah bukti bahawa rasuah perlu ditangani bersama semua Agensi baik kerajaan mahupun swatsa dan NGO

Teresa Kok Biadap Semasa Demo Syabas Di Masjid Negara

Sikap toleransi dan hormat menghormati di antara Kaum di Malaysia semakin pudar. Peristiwa ini dijadikan tontonan agar menjadi iktibar kepada Umat Islam dan Bangsa Melayu. Sikap angkuh dan sombong yang ditunjukkan oleh YB Teresa Kok amat menyakitkan hati Umat Islam kerana ianya seolah mencabar kemuliaan Islam dan Masjid sebagai Rumah Ibadah. Masjid yang kita muliakan dijadikan pentas politik dan berkumpul untuk kepentingan politik kumpulan tertentu. Saksikanlah.

Bukti Rakaman Anwar Maki Hamun PAS & DAP?

Sehari dua ini heboh wujud rakaman Anwar memaki hamun PAS dan DAP seperti mana yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim. Beliau mencabar Aminah Abdullah Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, agar mendedahkan rakaman tersebut.

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Hari ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yang dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Kita sudah boleh jangka apa yang bakal diperkatakan di pentas ceramah kelak. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah negara pada hari ini.

DAP Banyak Buat Rakyat Marah

Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (gambar fail) menganggap, DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu  menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat. Katanya, sejak dari sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia, DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara. “Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya. “Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,” katanya.   Khoo yang juga penganalisis politik berkata demikian ketika mengulas cadangan wakil rakyat DAP, Jagdip Singh Deo yang mahukan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua...