Skip to main content

Wahai Saipudin! Jawab Notis Bukan Buat Kenyataan Media @saifnasution

Bila la nak hilang lubang kawah kat muka dia ni...macam kawaq ja aku tengok!
Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjawab notis pembatalan pendaftaran yang dikeluarkannya terhadap parti itu dalam tempoh yang ditetapkan dan bukan menggunakan saluran media untuk memberi jawapan.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata notis itu adalah mengikut Seksyen Kecil (2), Seksyen 13, Akta Pertubuhan 1966, di mana PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun depan untuk memberi sebab memuaskan mengapa pendaftaran parti itu tidak patut dibatalkan.

Beliau memberitahu Bernama bahawa pihak yang diberi notis tersebut hanya perlu untuk menjawab balik notis itu berserta dengan alasan-alasan kukuh dalam tempoh masa yang diberikan.

"Apabila ROS keluarkan notis, mengikut Akta Pertubuhan 1966, pihak yang ditujukan perkara tersebut diminta menjawab dalam masa yang diberikan, menggunakan saluran yang sama, bukan menggunakan saluran media kerana ia dianggap kurang manis," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang mempertikaikan tindakan ROS menghantar notis tersebut kepada sekretariat parti pada 9 Mei lepas dan menganggapnya sebagai tidak berasas. Pada persidangan akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari Khamis, Saifuddin mendakwa notis untuk membatalkan PKR atas alasan parti tersebut melanggar Fasal 32.2.1 Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat A. Rajagopal tanpa dibicarakan oleh Lembaga Displin parti terlebih dahulu adalah mengelirukan kerana fasal tersebut tidak wujud dalam perlembagaan PKR.

Selain itu, katanya rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan itu sebenarnya adalah A.Jayagopal yang dipecat pada 26 April 2009 kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit Selambau.

Anggota Majlis Perwakilan Parti yang juga Anggota Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berkata, sekretariat parti akan menghantar surat jawapan kepada ROS hari ini.

"Saifuddin akan menghantar surat jawapan kepada ROS untuk menjelaskan semua perkara, dan kita juga akan merujuk kepada penasihat parti, untuk menimbang semua langkah susulan baik di dalam dan luar mahkamah untuk melindungi keperluan parti," katanya pada sidang akhbar yang sama. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T