Skip to main content

Usaha Terancang DAP Pecah-Belah Melayu

"DAP akan tetap meneruskan agenda tersebut dengan harapan suatu hari nanti semua orang Melayu akan tunduk kepada telunjuk parti itu dan meninggalkan identiti bangsa mereka." - Zulkifli

Beberapa isu kontroversi yang dibangkitkan DAP sejak kebelakangan ini disifatkan sebagai usaha terancang untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, isu termasuk pilihan raya masjid, pendaftaran bangsa anak dan penganjuran perhimpunan Bersih yang dimainkan oleh parti itu merupakan konspirasi besar untuk memenuhi agenda mereka.

"Konspirasi besar yang bertopengkan demokrasi ini cuma berpaksikan pada satu tujuan iaitu memecahbelahkan orang Melayu. Agenda tersusun ini berperanan untuk meracuni pemikiran orang Melayu, seiras tindakan Lee Kuan Yew di Singapura yang menyaksikan kejatuhan Melayu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Zulkifli, DAP akan tetap meneruskan agenda tersebut dengan harapan suatu hari nanti semua orang Melayu akan tunduk kepada telunjuk parti itu dan meninggalkan identiti bangsa mereka.

Tambah beliau, penganjuran pilihan raya masjid di Pulau Pinang menunjukkan serangan parti tersebut secara halus ke atas institusi keagamaan yang menjadi tunjang kehidupan orang Melayu.

"Kenapa perlu mengadakan pilihan raya di masjid sahaja? Kenapa tidak di tokong Cina, kuil, wat Siam dan gereja?" soal Zulkifli.

Mengulas isu pendaftaran anak yang baru dilahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh iaitu Shay Adora Ram, beliau melihat keengganan wakil rakyat itu meletakkan keturunan anaknya sebagai India mempunyai ciri-ciri cauvinis, prejudis dan rasis.

Katanya, jika Hannah mengikut amalan biasa pendaftaran anak di negara ini, Shay Adora Ram wajar mengikut keturunan bapanya iaitu India, namun keengganan wakil rakyat itu berbuat demikian menjadi satu persoalan yang membingungkan.

Sementara itu, jelasnya, penganjuran perhimpunan Bersih yang bertujuan mengheret kaum Melayu ke jalanan untuk melakukan sesuatu yang sia-sia turut membuktikan bahawa DAP kian berani mempermainkan orang Melayu.

"Justeru, saya menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap tindakan DAP ini. Sekarang bukan masanya untuk bertolak-ansur terhadap golongan seperti ini," kata beliau. - UTUSAN

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T