Lama dah kami dok pikiaq pasal surat 'suicide note' (surat bunuh diri) Teoh Beng Hock yang didedahkan oleh Jaringan Muda Melayu.
Dari maklumat yang kami dengaq, surat ini sudah lama berada di 'pasaran'. Pada awal Inkues, peguam kerajaan Tan Hock Chuan sudah ada dalam tangan surat 'suicide note'.
Suicide note ini diperolehi dari beg Teoh Beng Hock yang tertinggal di tepi kerusi tempat dia tidor semalaman bersama handphone yang bagai nak gila Ronnie Liu mahukan kembali.
"Suicide note" ini ditulis dalam bahasa Cina dan pastinya telah dihantar untuk terjemahan. Kalau setakat bahasa Cina, dah pasti hantar ke PDRM saja yang memang boleh buat translation dalam bahasa Cina. Ini bermakna polis dah tahu pasal surat ini.
Peguam SPRM pun sudah tahu mengenai surat ini.
Dalam surat ini, Teoh Beng Hock menulis kepada Ean Yong dan memberitahu dia telah beritahu segala-galanya kepada SPRM. Dia terpaksa lakukan katanya. Turut juga, dia memberitahu dia akan bunuh diri.
Surat ini adalah satu2 bukti yang pastinya akan menolak habis teori2 DAP untuk salahkan SPRM dan mendedahkan salahlaku yang ada dalam DAP.
Masaalahnya, kalau sekarang baru nak submit to the court, ianya akan di spin oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Dari segi prosedur mahkamah, ianya betul. Tapi dari segi persepsi politik, ia boleh diputarbelit.
Kenapa Tan Hock Chuan tidak bentangkan kepada Inkues? Peguam SPRM pun tahu tapi kenapa tidak mahu tuntut Tan bentangkan ke Inkues?
Apa motif Tan untuk tidak mahu keluarkan 'suicide note' ini? Adakah dia lakukan sendiri untuk tidak keluarkan? Adakah sesiapa arah atau diugut dia untuk tidak keluarkan surat ini?
Apa hal sekalipun, peguam SPRM dan PDRM tahu mengenai surat ini ... Siapa nak coverup untuk DAP ni??????
Dari Blog Sahabat - The Unspinners
Comments
Post a Comment