Skip to main content

Tony Pua Cari Publisiti Murah & Mencabar Perlembagaan Persekutuan

Cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan mewah di negeri itu disifatkan sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia membuktikan pendirian DAP tidak menghormati perkara-perkara yang dipersetujui oleh pemimpin terdahulu.

"Saya fikir ini sebagai ketidakadilan dan juga usaha menjejaskan kepentingan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Jika kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim menerima cadangan itu, peluang bumiputera yang bergantung kepada diskaun tersebut untuk memiliki aset di negeri itu akan terjejas," katanya semalam.

Beliau mengulas cadangan Tony Pua kepada kerajaan Selangor supaya memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera untuk membeli hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin mendedahkan, statistik pada 2007 menunjukkan pemilikan bangunan oleh orang Melayu masih rendah iaitu cuma 15.7 peratus dan hartanah komersial pula hanya sekitar 29.2 peratus.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, dakwaan Tony Pua bahawa tindakan itu bertujuan mengatasi masalah hartanah yang dibeli dengan harga diskaun itu dijual semula oleh orang tengah dengan harga lebih mahal, sebagai alasan semata-mata.

"Kalau benar hendak mengatasi masalah itu, perlu dikemukakan cadangan yang lebih konkrit dan tidak perlu pemansuhan pemberian diskaun itu secara keseluruhan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizzuddin Noh berkata, Selangor kini seolah-olah terdesak kerana menghadapi masalah kekurangan dana disebabkan polisi tindakan pentadbirannya.

"Slogan Selangor Negeri Kebajikan menyebabkan mereka terpaksa membuat peruntukan yang besar dalam perbelanjaan.

"Oleh itu, cadangan Tony Pua dilihat sebagai cara terdesak kerajaan negeri mendapatkan sumber kewangan secara cepat," katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula menyifatkan cadangan itu sebagai sesuatu yang berbahaya dan berbentuk provokasi.

"Kami di MBM meminta ahli politik berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi yang menyentuh isu sensitif.

"Cadangan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ahli politik dan beliau seharusnya berfikir panjang terlebih dahulu," katanya. - Utusan

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan telah mengingatkan Tony untuk tidak membakar api kemarahan kaum terutama yang melibatkan Hak Bumiputera (link di sini).

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T