KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk S. Nallakarupan mempelawa dua bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS), Al Gore dan Paul Wolfowitz datang bertemu dengannya jika mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas rakan tenis Anwar itu berkata, ini bagi memastikan kedua-duanya mendapat gambaran sebenar dan sekali gus mengelakkan daripada membuat kenyataan yang tidak munasabah berhubung kes melibatkan kenalan mereka itu.
''Saya nak ajak dua orang ini jumpa saya (Gore dan Wolfowitz), apa yang mereka nak tahu pasal kes kenalan mereka itu (Anwar), saya boleh cerita sampai habis.
''Memanglah tujuan kenyataan mereka mahu kerajaan AS campur tangan dalam kes liwat Anwar itu tak susah nak tafsir tapi manalah tahu, mungkin mereka betul-betul tak faham sampai masih fikir semuanya konspirasi, jadi ini yang saya nak jelaskan," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Naib Presiden AS, Al Gore dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan negara itu, Paul Wolfowitz dalam akhbar Asian Wall Street Journal yang mahu kerajaan AS campur tangan dalam kes liwat Anwar yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini.
Anwar, 63, dituduh meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Sementara itu, Nallakarupan menyelar kenyataan Gore dan Wolfowitz itu yang jelas satu cubaan untuk mencampuri urusan negara lain oleh dua pemimpin yang sudah ditolak rakyat AS sendiri.
Katanya, sepatutnya mereka belajar daripada pengalaman lalu betapa dunia membenci sikap pemimpin negara kuasa besar yang berlagak mahu mencampuri urusan negara berdaulat lain.
''Pada 1998, Gore datang Malaysia, macam-macam kenyataan dia buat, tapi apa kesudahan? Rakyat AS tolak juga dia. Tak ada siapa pun suka.
''Jadi yang terbaru ini, saya nak minta mereka supaya dengar dan akur saja pendirian kerajaan AS yang enggan campur tangan dalam kes Anwar ini," tegasnya. - Utusan
Terus menjadi ancaman bvesar kepada Anwar. Nalla adalah orang yang paling banyak memegang rahsia Anwar |

Comments
Post a Comment