Menurutnya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah tersebut.
"Orang hendak bawa saya ke Mekah kenapa saya tolak, saya pergi Mekah jarang saya belanja sendiri, semua orang berebut (bayar). Selipar saya pun orang ambil, dia kata bukan curi tetapi nak ambil berkat.
"Jadi orang hendak pergi Mekah, bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu hendak pergi Mekah bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tawaran yang diberikan kepadanya bersama isteri untuk menunaikan haji pada 17 November ini.
Ditanya alasan individu terbabit mahu menajanya, Nik Abdul Aziz berkata: "Rasuah macam mana, kalau hendak kata itu rasuah saya tolak. Mana tahu (alasan pembiayaan itu) tanya dialah. Tahun depan kalau ada lagi saya pergi lagi."
Mengulas siasatan SPRM ke atas menantunya, Ir. Mohd. Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), katanya, terpulang kepada pihak berkuasa tersebut untuk menjalankan tugas mereka.
Malah katanya, beliau juga bersedia pada bila-bila masa untuk disiasat oleh suruhanjaya tersebut berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam perbadanan yang dipengerusikannya itu.
Katanya, pelantikan Mohd. Ariff Fahmi sebagai CEO dilakukan mengikut proses biasa dan menantunya itu berkelayakan untuk menerajui perbadanan tersebut.
"Tidak ada apa luar biasa (tentang pelantikan Mohd. Ariff Fahmi), saya sendiri lantik jawatankuasa lembaga penasihat PMBK, kalau saya tidak lantik tidak ada apa-apa, benda ini berlaku baru saja, sejak saya duduk sini, sebelum saya jadi Menteri Besar tidak ada jawatan ini.
"Saya lantik dia kerana beliau jurutera ada kebolehan dan saya beri kepercayaan kerana saya kenal anak dan menantu saya, mana boleh Menteri Besar lantik orang yang tidak tentu untuk jawatan ini," katanya. - Utusan
Comments
Post a Comment