Skip to main content

Pendakwaan SPRM : Bukti SPRM tidak 'pilih bulu'

Pegawai Khas Ronnie Liew didakwa - Berita Harian

SHAH ALAM: Wong Chuan How, Pegawai Khas Exco Selangor, Ronnie Liew mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat tuntutan palsu dan pecah amanah. Beliau dituduh mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lalu.

Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.

Wong, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernmilai RM5,000.

Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin bagi dua pertuduhan.

Bekas Pegawai Khas MB Selangor didakwa - Berita Harian

SHAH ALAM: Bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shaari, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua tuduhan menipu dan mengguna dokumen palsu untuk menipu.


Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Perbicaraan ditetapkan mulai 19 April.

Ahli Parlimen Sabak Bernam didakwa - Berita Harian

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Rahman Bakri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara Januari dan Februari tahun lalu.

Tuntutan itu termasuk pemberian hadiah dan cenderahati untuk pelajar cemerlang, program Mesra Rakyat dan program Maulud Nabi.

Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin.

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T