[AIDC menterjemah artikel dari laman FNF (Friedrich Naumann Foundation) yang membicarakan modus operandi FNF di Malaysia dan seluruh negara Islam. Persidangan FNF Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur dianjurkan dengan kerjasama Anwar Ibrahim. Artikel asal bertajuk "Strengthening liberal democracy in Muslim societies". Klik di sini dan di sini]
Friedrich Naumann Foundation (FNF) membahaskan sumbangan-sumbangannya bagi demokrasi liberal di dalam masyarakat-masyarakat Islam semasa mesyuarat dalaman FNF di Malaysia. Sebanyak 21 kakitangan perwakilan dari 12 negara berkongsi pengalaman-pengalaman mereka. Mereka membincangkan kaedah-kaedah projek dan matlamat-matlamat yang ingin dicapai.
Kejadian-kejadian pengeboman di Afghanistan, Iraq, Palestin, Chechnya, Indonesia dan Sudan adalah contoh-contoh konflik di antara negara-negara Islam dan juga di kalangan masyarakat-masyarakat Islam.
Serangan pengganas di New York, Madrid, London dan Paris menunjukkan bahawa konflik-konflik tersebut turut memberi kesan kepada negara-negara Barat.
Ramai ahli-ahli politik Barat di Eropah dan Amerika melihat bahawa idea-idea mengenai kebebasan dan demokrasi sering diserang. Selalunya, mereka bersedia untuk mengorbankan kebebasan awam demi melindungi masyarakat mereka.
Dalam waktu yang sama, ramai Muslim percaya bahawa Islam adalah agama yang mengongkong. Mereka menjustifikasikan hipotesis ini berdasarkan pandangan mereka terhadap negara mereka yang sekular, namun mempunyai kerajaan yang memerintah secara kuku besi. Sebagai contoh, The Egyptian Muslim Brotherhood memperjuangkan pemerintahan yang saksama dan ekonomi pasaran bebas.
Garisan konflik tidak wujud di antara nilai liberal dan Islam atau lain-lain kepercayaan. Tetapi ia adalah berkaitan dengan pengenalan demokrasi, hak asasi manusia dan pasaran ekonomi.
Memandangkan apa yang telah disebut di atas merupakan objektif-objektif utama yang menjadi matlamat FNF, maka satu mesyuarat di Kuala Lumpur telah dianjurkan bagi membincangkan pengalaman-pengalamannya di Mesir, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Morocco, Algeria, Tunisia, Turkey, Bosnia, Kosovo, Azerbaijan, Uzbekistan, Malaysia, Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan dan Afghanistan.
Mesyuarat tersebut telah diperkukuhkan dengan pengisian daripada pakar-pakar Malaysia yang unggul: Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim, Dr. Mohamed Ariff, Cik Zainah Anwar (Sister In Islam), Prof. Norani Othman, Dr. Patricia Martinez, dan Peguam Malik Imtiaz.
Dalam perbincangan tersebut, merumuskan bahawa program-program FNF bagi komuniti-komuniti Islam mestilah secara amnya memberi respon kepada tiga senario yang menggalakkan ekstremisme Islam di kalangan penduduk dan penolakan mereka terhadap libralisme dan pluralism.
Kebanyakan masalah-masalah serius itu wujud di regim kuku besi, di mana penduduk Muslim bertukar menjadi pejuang-pejuang Islam sebagai cara lain bagi mendapatkan keadilan dan pemerintahan yang lebih baik. Situasi ini wujud dikebanyakan negara-negara Arab dan pada satu tahap, Malaysia turut menjadi salah satu negara contoh.
Senario kedua ialah keadaan masyarakat selepas berlakunya konflik, terutamanya di Yugoslavia sebelum ini. Di sana, rakyat berada di dalam trauma mencari-cari standard-standard moral selepas berlakunya perang saudara dengan segala bentuk kekejaman yang berlaku di sekeliling mereka.
Berlawanan dengan latarbelakang ini, cara kehidupan yang digalakkan oleh Wahabisme Saudi telah mendapat kesedaran rakyat. Proses tersebut dipermudahkan dengan bantuan Saudi Arabia melalui sumbangan kepada masjid-masjid, pendidikan agama dan program-program kebajikan.
Yang terakhir, peminggiran komuniti-komuniti Islam di dalam masyarakat-masyarakat demokrasi, seperti Perancis dan England menggalakkan respon terhadap panggilan-panggilan tidak liberal dan tidak demokratik kepada ekstremis Islam, kerana mereka telah membina perasaan dengki, rasa tertindas dan dipinggirkan.
Kumpulan-kumpulan ini adalah sama dengan anti globalis yang takut kehilangan identiti dan kebajikan sosial di dalam dunia yang semakin besepadu dan penuh dengan persaingan.
Tempoh bertukar-tukar pengalaman selama 3 hari, dari 12-15 Jun telah membantu kakitangan FNF untuk memperolehi pendekatan yang lebih berinformasi bagi projek-projek nasional mereka.
Ini akan turut disokong dengan pembentangan kertas konsep bagi hasil kerja FNF dalam masyarakat-masyarakat Islam.
Mesyuarat tersebut juga berperanan untuk mengenengahkan perbahasan mengenai forum dialog antarabangsa bagi isu kebebasan dan demokrasi di dalam dunia Islam.
- Sumber AIDC
Comments
Post a Comment