Skip to main content

Pembangkang bersandiwara lagi : Dr Pornthip mungkin tak hadir inkues

KUALA LUMPUR: Peguam Teoh Beng Hock akan mendapatkan pengesahan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dikatakan tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues bekas Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor itu yang akan disambung 20 April ini kerana berhadapan ‘tekanan politik' Malaysia. 

Kelmarin, portal berita, Malaysiakini melaporkan pakar patologi itu ‘dinasihatkan’ pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand iaitu tempat di mana beliau bertugas supaya tidak ke Malaysia untuk menghadiri inkues berkenaan. 



Difahamkan, kementerian kehakiman menerima maklumat daripada Kementerian Luar Thailand bahawa Dr Pornthip mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.


Peguam Teoh, Gobind Singh Deo, berkata perkara itu adalah perkembangan baru dalam kes berkenaan dan pihaknya akan cuba mengesahkannya dengan Dr Pornthip. 

Bagaimanapun, katanya gangguan seumpama itu bukan yang pertama bagi Dr Pornthip kerana beliau pernah mengadu diganggu pihak tertentu sejak terbabit dalam inkues Teoh. 

“Selepas tempoh inkues yang lama, kami berharap ia dapat ditamatkan segera. 

“Kerjasama yang diberikan Dr Pornthip setakat ini banyak membantu. Malah menerusi usaha beliau juga kami dapat menjalankan bedah siasat kedua terhadap Teoh yang sekali gus membawa kepada dimensi baru berkaitan kematian Teoh. 
“Bagaimanapun, adalah dikesalkan jika Dr Pornthip berhadapan situasi sedemikian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam. 

Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada Januari lalu dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang dikenakan ke atasnya. 

Gobind berkata, jika Dr Pornthip gagal hadir, pihaknya akan cuba mengatur langkah alternatif untuk mendapatkan keterangan beliau. 

“Jika masih gagal berbuat demikian, kami perlu meneruskan dengan apa yang kami ada dan yakin dapat membuktikan Teoh tidak membunuh diri, sebaliknya dibunuh,” katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T...