KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam menunjukkan dasar-dasar yang diumumkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima oleh rakyat. Ia juga membuktikan gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru turut diterima. Walaupun ada yang berkata penerimaan itu tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia, namun ia sebenarnya adalah satu permulaan yang baik bagi kerajaan Najib.
Ia juga membuktikan bahawa pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih antara kaca dan permata. Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 2008, pengundi di kawasan itu menolak calon BN, Datuk G. Palanivel kerana terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sepanjang kempen PRU Ke-12, namun semalam pengundi yang sama menolak calon PKR kerana menyifatkan perjuangan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada hala tuju yang jelas, selain merasakan mereka telah ditipu apabila segala yang dijanjikan dalam kempen tersebut tidak ditunaikan.
Mungkin pengundi Hulu Selangor mula kecewa dengan PKR kerana para pemimpinnya tidak pernah jemu menabur fitnah terhadap kerajaan BN. Malah, dilaporkan menjelang tarikh akhir berkempen pada tengah malam, 24 April lalu, risalah-risalah fitnah sempat ditabur di beberapa lokasi panas di Hulu Selangor.
Sesungguhnya Allah SWT itu maha adil. Fitnah yang dilemparkan itu memakan diri apabila penduduk Hulu Selangor menolak calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Apatah lagi, peribadi Zaid yang didedahkan oleh media alternatif sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.
Sebaliknya, kerajaan Najib tetap bersama penduduk Hulu Selangor walaupun ketika wakil rakyat kawasan itu dari PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad masih berkhidmat.
Dari awal lagi, Najib menunjukkan keprihatinan terhadap masalah penduduk Hulu Selangor, misalnya meninjau sendiri masalah penduduk yang mendiami pangsapuri kos rendah di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung pada 9 Januari 2010. Pendekatan mesra rakyat yang ditunjukkan itu telah membuahkan hasil di Hulu Selangor.
Syabas kepada pengundi-pengundi Hulu Selangor yang telah membuat keputusan yang tepat. Nampaknya, mereka tidak sanggup lagi hidup di bawah pimpinan PKR yang semakin kucar kacir sejak kebelakangan ini.
Sebenarnya, pakatan pembangkang awal-awal lagi telah menempah 'tiket kekalahan' apabila memilih Zaid yang mempunyai pelbagai kisah yang sudah diketahui umum termasuk rakan-rakan pakatan PKR iaitu DAP dan Pas.
Namun atas semangat setiakawan, Pas terpaksa menerima Zaid dan mengharungi kempen pilihan raya kecil itu dalam keadaan sukar.
Pas yang selama ini berjuang untuk menjaga kesucian agama Islam terpaksa mengikut rentak tari yang dimainkan oleh DAP dan PKR. Akhirnya tindakan Pas itu memakan diri apabila 20 ahlinya di Hulu Selangor keluar parti pada 23 April lalu. Mereka kecewa melihat struktur Pas yang lemah.
Kini keputusan rasmi telah pun dikeluarkan dan Hulu Selangor kembali kepangkuan wakil rakyat BN.
Justeru semua parti komponen terutama UMNO, MIC dan MCA perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa apa yang dijanjikan dapat ditunaikan.
Konsep pendekatan mesra rakyat mesti diteruskan memandangkan PRU Ke-13 akan diadakan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dari sekarang.
Pihak yang kalah pula harus menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana dalam setiap pertandingan, pasti ada yang kalah dan ada yang menang. Kepada BN dan P. Kamalanathan selamat bertugas. - Utusan

masih perlu kerja kuat bro...byk lagi kelemahan terutama Jentera dan kepimpinan bawahan (peringkat negeri).
ReplyDeletesy melihat momentum yg dibawa DS Najib...cukup hebat. PKR tumbang. tp sejauh mana ianya dihayati oleh pimpinan lain. Menteri2 pun masih ada yg engkar dan tidak menjiwai apa yg cuba diterapkan oleh DS Najib.
ReplyDelete