Skip to main content

Zaid kena tempelak : 'Patut cermin diri, bukan tunding jari' - SPR

SEBAIK sahaja diajukan kritikan Datuk Zaid Ibrahim tentang dakwaannya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap berat sebelah, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof terus mempersoalkan motif calon PKR yang kalah itu.
 
"Apa yang tidak bersih, apa yang berat sebelah," kata Pengerusi SPR itu. Lantas beliau mengajak Zaid menilai paparan 'score-sheet' di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Baharu (KKB) malam kelmarin - lokasi pengumuman kemenangan P.Kamalanathan dari BN.

Yang tertera ialah di saluran-saluran kawasan pengundi Cina, BN kalah kesemuanya. Ini boleh dilihat di saluran 1,2 dan 4 Kampung Baru Cina KKB dengan PKR masing-masing mencatat 203, 256 dan 207 undi, manakala BN sekadar mendapat 77, 73 dan 56 undi.

Begitu juga di Kampung Baru Batang Kali, PKR mendapat 220 undi, manakala BN 58. Di Kampung Baru Rasa, situasi sama juga berlaku dengan BN sekadar meraih 75 undi berbanding 301 PKR.
Namun di saluran kawasan majoriti pengundi Melayu, pencapaian BN begitu memberangsangkan.

Antaranya, BN meraih 216 undi di Ampang Pecah berbanding 148 PKR. Demikian juga keupayaan BN terserlah di kawasan Felda Kampung Sungai Tengi Selatan (BN 176, PKR 62). Kekuatan kedua-dua parti bagaimanapun agak setara di kawasan didiami pelbagai kaum seperti Hulu Yam Barat (PKR 205, BN 184) dan Kuala Kalumpang (PKR 98, BN 128).

''Kalau sistem pilihan raya kita ini tidak betul dan SPR berat sebelah, macam mana PKR boleh menang di saluran-saluran tertentu. Anda boleh lihat di semua kawasan Cina, PKR menang.

''Anda juga boleh lihat dari sembilan pilihan raya kecil sebelum ini, pembangkang menang tujuh. Apa berat sebelahnya?" kata Abd. Aziz kepada Utusan Malaysia di Putrajaya semalam.

Bagi Abd. Aziz, kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya disebabkan sentimen pengundi di kawasan itu. SPR, tegasnya, menolak sama sekali sebarang sikap pilih kasih dalam mengendalikan pilihan raya kecil atau Pilihan Raya Umum.

''Kita menyediakan padang yang rata untuk bertanding. Sebab itulah kita jangan mendongak langit.

Kadang-kadang kita merasakan kita tahu kesemuanya dan kita ingat kita yang terbaik tetapi pengundi yang menentukan.

''Yang kalah sepatutnya cermin diri dan tanya mengapa anda kalah, bukannya menuding jari kepada orang lain. Bila kita kalah, kita kena gentleman," kata Abd. Aziz.

Sememangnya insiden 'kejar mengejar' di paparan skrin di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Baharu kelmarin begitu mendebarkan.

Suatu ketika sekitar 7 malam, PKR mendahului dengan 1,226 undi setelah sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina dikira.

Namun menjelang pukul 8.30 malam, undi dari kawasan majoriti Melayu akhirnya meletakkan semula BN di tampuk kerusi Parlimen Hulu Selangor. - Utusan


Bookmark and Share

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T