HULU SELANGOR: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu, yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dan menjadi wakil Bebas adalah tepat pada masanya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ia adalah satu isyarat kepada pengundi bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor khususnya bahawa lebih ramai anggota parti itu semakin tidak mempercayai perjuangan PKR.
"Masanya memang tepat, supaya ia akan berikan satu isyarat kepada pengundi di sini bahawa di banyak kawasan di peringkat Parlimen, kita sudah tahu siapa yang sudah keluar daripada PKR.
"PKR sudah sampai ke peringkat yang tidak mungkin diyakini, dipercayai bukan sahaja oleh orang biasa tetapi anggota dan pemimpin mereka," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Pusat Gerakan BN di Bukit Sentosa di sini.
Muhyiddin berkata, tindakan semakin ramai anggota parti itu keluar parti membuktikan mereka berpendapat bahawa perjuangan PKR adalah sia-sia dan terpedaya dengan kata-kata hebat pemimpin parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pastinya ialah kerana waktu awal jadi anggota PKR dulu, dia begitu yakin dengan keupayaan Anwar... terpengaruh dengan kata-kata Anwar yang hebat-hebat tetapi dalam tempoh dua tahun sudah dapat menilai siapa Anwar, siapa PKR, apa yang sudah dan boleh mereka lakukan.
"Mereka berasa kecewa perjuangan awal yang disebut dalam PKR kini tidak bermakna apa-apa," katanya.
Tan, 54, berkata keputusannya keluar daripada PKR disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai "kacang lupakan kulit".
Brikutan tindakan Tan hari ini, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil BN, tiga PKR, satu DAP dan dua Bebas. - Berita Harian

Comments
Post a Comment