Skip to main content

Kebudak-budakan : Mahfuz Dirujuk Ke J/Kuasa Hak

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Isu firma perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide yang menjadi mainan bibir pembangkang di Dewan Rakyat sejak pertengahan bulan lepas, menyebabkan persidangan Rabu ditangguh sejam lebih awal.

Segalanya bermula apabila Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima usul yang dibawa Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) untuk merujuk Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana dikatakan sengaja mengelirukan dewan apabila berulang kali menyebut 'Umno-Apco'.

Usul itu yang diluluskan selepas undian suara bagaimanapun dibantah barisan anggota Parlimen pembangkang yang mempertikaikan tindakan Wan Junaidi tidak membenarkan usul dibahas mahupun memberi peluang kepada Mahfuz untuk membuat penjelasan.

Mahfuz sebelum itu membangkitkan rasa tidak puas hati pada kalangan anggota Parlimen yang menyokong kerajaan kerana asyik mencelah dengan ungkapan 'Umno-Apco' sepanjang persidangan berlangsung hari ini.

Cuba meredakan keadaan, Wan Junaidi menjelaskan walaupun dirujuk kepada jawatankuasa itu ianya tidak bermakna anggota Parlimen berkenaan bersalah.

Ianya terpulang kepada penilaian dan keputusan jawatankuasa itu, katanya.

Namun barisan pembangkang terus menyuarakan bantahan mereka dan suasana semakin kecoh apabila sebahagian daripada mereka mula berdiri dan melaung-laungkan ungkapan 'Umno-Apco', memaksa Wan Junaidi menangguhkan dewan selama 15 minit.

Bagaimanapun suasana panas itu berterusan selepas persidangan disambung semula, dan cubaan Mahfuz untuk menjelaskan kedudukannya bagi mengelak daripada berhadapan dengan jawatankuasa tersebut juga ditolak oleh Wan Junaidi.

"Saya tak nak ulas lagi, minta Yang Berhormat Pokok Sena jelaskanlah pada jawatankuasa nanti. Jangan jelaskan pada saya, saya bukan pengerusi jawatankuasa itu nanti," katanya.

Memandangkan keadaan semakin kecoh Wan Junaidi kemudian memutuskan untuk menangguh persidangan itu pada pukul 6.15 petang iaitu kira-kira satu jam lebih awal.

Sebelum kekecohan itu, anggota Dewan Rakyat baru sahaja meluluskan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan peringkat dasar.

Persidangan disambung esok. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T