Skip to main content

Islam Tidak Ajar Sembahyang Minta Bencana Kepada Sesama Umat - Jamil Khir

ALOR SETAR, 7 Mac (Bernama) -- Islam tidak mengajar umatnya bersembahyang hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan bencana kepada golongan seagama dan hukumnya adalah berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Saya tidak mahu menggelar mereka golongan apa, tetapi mereka ini termasuk dalam orang-orang yang menyalahgunakan agama demi kepentingan politik.

"Perkara ini (sembahyang hajat memohon bencana) tidak diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang yang dilaporkan memberi tempoh tujuh hari kepada Mohsin Fadzli Samsuri untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah, kerana dikatakan mengkhianati perjuangan parti.

Anggota Parlimen Bagan Serai itu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu dan menjadi wakil rakyat bebas setelah dikatakan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

"Hukum-hukum agama tidak boleh dibuat main-main sekalipun kita tidak dapat mengimbangi antara politik dan agama," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup kursus pengamatan nilai-nilai Islam di kalangan anggota polis, dekat sini.

Mengenai gejala sosial di kalangan umat Islam di negara ini yang semakin berleluasa, Jamil Khir berkata perkara seperti kelahiran bayi luar nikah, pembuangan anak dan penderaan berlaku akibat pergaulan bebas.

"Ia berjangkit dari budaya barat termasuk hubungan songsang lelaki dan perempuan. Ia berkembang dengan subur dan semakin dahsyat.

"Dalam soal ini masyarakat tidak boleh dipersalahkan kerana undang-undang yang adapun tidak dapat mengawal perlakuan sumbang golongan yang tidak kuat agama," katanya. -- BERNAMA

Comments

  1. Salam bro, itulah yang sebenarnya.... tetapi ada satu puak tu, mereka merasakan mereka lebih sangat Islam sehingga menghalalkan perkara yang diharamkan........

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T