KLANG 4 Mac - Penduduk-penduduk di Jalan Papan di sini, kesal dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu kerana tidak menunaikan janji berhubung isu rumah setinggan di kawasan tersebut.
Kekesalan itu dizahirkan oleh 30 wakil penduduk dengan mengadakan perhimpunan aman di sini hari ini.
Mereka meminta Ronnie menunaikan janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu penduduk di situ bakal diberikan seunit rumah secara percuma.
Seorang wakil penduduk, Ang Boon Tai, 52, berkata, apa yang berlaku sekarang hanyalah janji kosong walaupun sebelum ini ADUN tersebut menyatakan status tanah di situ sudah hampir selesai tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.
Katanya, lebih memeranjatkan penduduk, apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa 11 tokong akan dibina di kawasan seluas kira-kira 31 hektar itu secara percuma.
''Kenapa perlu bina tokong kalau rumah tidak ada di sini? Kenapa tidak bina rumah dahulu sepatutnya beliau (Ronnie) memikirkan penduduk di sini.
''Dulu sebelum pilihan raya macam-macam janji, waktu malam pun datang melawat tetapi bila sudah menang tidak lagi menjenguk kami," katanya kepada pemberita.
Katanya, sebagai penduduk yang sudah hampir 50 tahun tinggal di situ, dia amat kesal dengan tindakan ADUN tersebut kerana langsung tidak memikirkan kebajikan mereka.
Seorang lagi penduduk, Dominic See, 40, memberitahu, seharusnya kerajaan pakatan pembangkang di Selangor mengambil berat soal perasaan penduduk kerana ada di kalangan mereka yang sudah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun.
Malahan jelasnya, kawasan tersebut asalnya kawasan berpaya yang dimajukan oleh penduduk dengan mengeluarkan wang sendiri bagi menambak tanah sebelum didirikan rumah.
Tambah Dominic, mereka telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) September tahun lalu kerana mungkin terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam urusan menentukan status tanah di kawasan berkenaan.
Seorang suri rumah, P. Laksmy, 45, pula kesal dengan sikap Ronnie yang belum menunaikan janji memberikan sebuah rumah di kawasan berkenaan.
Katanya, dia amat terkilan apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan bahawa sudah 70 peratus penduduk di situ bersetuju untuk membeli rumah dengan harga RM90,000 seunit sedangkan sebelum ini Ronnie berjanji untuk memberikan rumah secara percuma.
''Apa yang menyedihkan saya apabila melihat kawasan perumahan ini sudah tidak terurus dan sudah banyak rumah yang rosak.
''Bukan kami tidak mahu melakukan kerja-kerja membaikpulih tetapi takut kalau rumah dirobohkan bila-bila masa saja, penduduk akan menanggung kerugian," tambahnya.
Teoh Ah Guat, 48, yang membesar di kawasan itu berkata, dia rasa tertipu dengan janji-janji ditaburkan oleh ADUN tersebut dan menyifatkan Ronnie hanya mementingkan diri.
Ia kerana kata Ah Guat, selama dua tahun menjadi wakil rakyat tiada sebarang perubahan dilakukan oleh Ronnie di kawasan mereka.
Sementara itu, Ronnie gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan. - Utusan

Comments
Post a Comment