Skip to main content

Middle Malaysia tidak ikhlas bantu rakyat - PM


KUALA LUMPUR 16 Mac - Gagasan 1Malaysia adalah konsep yang berpaksikan Perlembagaan berbeza daripada Middle Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP iaitu penjenamaan semula Malaysian Malaysia yang ditolak oleh rakyat.
Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis berkata, gagasan DAP itu tidak ikhlas untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya ia muncul secara tiba-tiba setelah 1Malaysia semakin popular dan diterima rakyat.

"Middle Malaysia adalah penjenamaan semula Malaysian Malaysia tetapi apa yang pasti kedua-duanya tidak pernah berpaksi kepada Perlembagaan dan sejarah negara.

Najib Tun Razak berbual dengan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sambil diperhatikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui (kanan) pada Sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

"Ia hanya slogan dan retorik yang tiada pelaksanaan, tetapi 1Malaysia datang bersekali dengan tindakan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya menjawab soalan tambahan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada ketika ini, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) cuba membuat provokasi terhadap Perdana Menteri dengan mendakwa 1Malaysia telah ditiru daripada Middle Malaysia dan menyifatkan Najib sebagai penciplak paling besar.

Kata Karpal, Najib amat perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum memperkenalkan gagasan 1Malaysia dengan mengaitkan Perdana Menteri dengan kes mahkamah termasuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee menegur Pengerusi DAP itu supaya memberikan soalan yang berkaitan tetapi ia tidak diendahkan oleh Karpal yang berterusan mengaitkan Najib dengan kes-kes mahkamah itu.

Pada ketika ini, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan bertanya kepada Karpal dengan suaranya yang nyaring: "Are you OK YB," yang disambut oleh gelak ketawa oleh penyokong kerajaan yang lain.

Karpal kemudiannya menanyakan soalan tambahannya dengan mempersoalkan tindakan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang bersifat rasis, berlawanan dengan semangat 1Malaysia.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa mana-mana individu di pejabat beliau yang bertentangan dengan dasar kerajaan khususnya 1Malaysia akan diambil tindakan dan dalam kes Nasir, beliau telah dikenakan tindakan sewajarnya.

Dalam pada itu, mungkin setelah dilihat usaha provokasi Karpal kurang berjaya, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bangun mempertikaikan tindakan kerajaan menolak soalannya yang didakwa berkaitan dengan semangat 1Malaysia.

Kit Siang dalam soalan yang didakwa ditolak itu, meminta Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dituduh bersifat rasis kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu dan Islam.

Tindakan Kit Siang itu ditegur oleh Kiandee yang menyatakan hanya dua soalan tambahan dibenarkan dan Penasihat DAP yang tidak berpuas hati masih enggan mengalah dan berterusan membangkitkan perkara sama.

Pada ketika ini, terdengar laungan dari kalangan penyokong kerajaan yang menyifatkan soalan itu sebagai soalan kroni mengambil kira Guan Eng ialah anak Kit Siang.

"Itu soalan kroni la," jerit Bung Moktar. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T