Skip to main content

Muhyiddin kecewa sikap ahli Parlimen pembangkang


KUALA LUMPUR 17 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan segelintir pemimpin pembangkang bertegang urat di Dewan Rakyat semalam sebagai tidak mengendahkan teguran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurut beliau, ia contoh tidak baik yang langsung tidak menggambarkan status mereka sebagai ahli Parlimen yang berwibawa, berpengalaman dalam politik dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.


"Ini satu perkara teruk hingga Seri Paduka terpaksa menegur tetapi malangnya mereka tidak menghormati dan memberi perhatian kerana yang pastinya jika (teguran) berulang dua kali ia merupakan perkara serius sehingga terpaksa disuarakan oleh Tuanku Mizan.

"Kita harap rakyat dapat menilai secara terbaik bagaimana mereka (ahli Parlimen) tidak mengendahkan nasihat Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas kekecohan berlaku hampir 20 minit semalam hanya kerana wakil rakyat pembangkang bertegang urat membantah keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee meluluskan usul supaya polis menjaga keselamatan bangunan Parlimen tanpa bahas, yang menjadi amalan sidang sebelum ini.

Sementara itu, mengulas kemunculan semula bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding merebut jawatan pada pemilihan baru parti 28 Mac ini, Muhyiddin meminta supaya beliau tidak ditarik ke dalam perkara itu.

"Jangan cuba tarik saya dalam perkara ini walaupun saya merupakan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) tidak adil untuk saya memberi sebarang komen mengenainya.

"Saya rasa lebih membantu jika saya tidak memberi komen kerana saya percaya MCA mempunyai cara terbaik untuk menanganinya, mereka amat berwibawa dan tahu apa yang terbaik untuk mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa khusus bagi memperincikan cadangan pengajaran pendidikan seks di sekolah akan ditubuhkan sebelum keputusan muktamad mengenainya diputuskan.

Katanya, jawatankuasa itu nanti terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang tersebut yang akan membuat kajian mendalam termasuk mendapat pandangan daripada pihak luar dan negara-negara yang melaksanakannya.

"Ia satu perkara yang perlu diperhalusi semasak-masaknya setelah dibincangkan meluas oleh media, cuma kementerian masih belum buat keputusan kerana kita faham perkara ini yang agak besar, minatnya bukan sahaja kepada kementerian tetapi turut melibatkan pelajar, ibu bapa dan masyarakat," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T